Rempit Sajalah
Walaupun sudah ramai yang menulis pasal perkara ni, tapi takpa aku nak tulis juga. Untuk peringatan kepada diri aku sendiri. Tadi aku ada terbaca satu artikel yang dilaman AKPK berkenaan belia muflis. Statistik yang diberi memang sangat mengejutkan. Cuba korang bayangkan sejak daripada tahun 2010 sehingga April 2015, sebanyak 107,000 orang telah muflis. Korang tahu apa maksud muflis? Muflis atau bangkrap maksudnya apabila korang gagal atau tidak mampu untuk bayar hutang hutang sekurang-kurangnya RM30,000. Ok yang ni aku petik dari laman web Insolvensi . Daripada 107,000 orang yang muflis tu, 23, 484 orang adalah golongan belia yang berumur 25 tahun sehingga 34 tahun. Sedih tak? Sedih beb. Ramai yang muflis ni disebabkan tak pandai manage kewangan masing-masing. Mentang-mentang boleh buat loan , maksmum terus dia bedal lagi-lagi personal loan . Sebenarnya aku nak berkongsi pasal beli kereta. Ye, kereta ni bagi sesetengah orang menjadi keperluan, tapi ...