Obsessive Thinking Disorder | Pre-analysis
Mula-mula ingatkan diri sendiri saja nak pernah alami situasi sebegini. Rupa-rupanya ada lagi insan senasib di luar sana yang juga mengalami masalah yang sama. Entah macamana harus diperkenalkan 'penyakit' tersebut. Mungkin ianya bukan sejenis penyakit, akan tetapi sejenis sindrom ataupun 'disorder' . Sama seperti sindrom atau 'disorder' lain yang menyerang manusia seperti bipolar disorder , emotional disorder etc. Disorder . Saya rasa lebih sesuai untuk menggelarnya sebagai satu bentuk disorder berbanding perkataan lain. Keadaannya adalah di mana kita tidak mampu lagi mengawal minda kita dari berfikir dan terus berfikir. Sehingga mana pemikiran-pemikiran tersebut membentuk pelbagai teori dan falsafah yang tidak sepatutnya wujud dalam pemikiran kita. Kebiasaannya, mereka yang menyedari perkara ini berlaku kepada orang disekeliling mereka akan menasihatkan orang tersebut agar kurangkan berfikir atau jangan banyak sangat berfikir. Akan tetap...

