Falsafah Gunung

Hidup ni umpama mendaki gunung. Mula-mula kita rasa excited nak naik, sebab nampak orang naik best, tapi bila dah separuh jalan mulalah rasa penat dan nak give up. Orang yang hati cekal selalu berkata 'go on, sikit lagi sampai puncak tu'.

Hati yang tak cekal pula terus surrender separuh jalan dan hanya melihat orang lain meneruskan perjalanan. Tapi ada orang masa first time dia surrender separuh jalan, kemudian dia balik training dan dia repeat. Akhirnya dia berjaya juga sampai ke puncak. Ada juga yang apabila surrender, dia surrender terus. Dah taknak cuba untuk second time. Tak dapatlah dia merasa nikmatnya sampai ke puncak dan melihat keindahan ciptaan Tuhan. Begitulah hidup, kita mesti pernah down, tak larat dah, cannot go on anymore. Dan yang paling perit ialah apabila gagal. Masa kita alami semua itu, apa yang kita buat? Surrender atau keep moving? Orang yang hati cekal, tak mudah untuk dia putus asa. Walau jatuh berkali, dia tetap bangkit dan terus mara ke depan.
Walaupun dia mengambil sedikit masa untuk bangun balik, yang penting dia tak mengalah dengan mudah. Tapi orang yang berjiwa lemah, sekali gagal atau ditimpa halangan terus surrender tak nak buat lagi dah.

Ada masanya bila kita hiking, kita injured. Kaki cramp, lutut sakit, terseliuh dan sebagainya. Jadi perjalanan kita slow. Waktu tu kita boleh tengok siapa yang berdiri dibelakang kita membantu kita hingga kita balik ke base.

Masa hiking, ada orang yang laju ada orang yang slow. Yang laju mungkin dia dah biasa dengan trek dan fitness dia tinggi. Ada orang yang slow-slow kayuh janji sampai. Dalam hidup ada orang yang progress dia laju. Semua dia buat menjadi.

Ada orang yang progress dia slow. Walaupun dia tak laju macam orang lain, yet at the end of the day, dia juga berjaya dalam hidup dia. Manusia ni macam-macam. Janganlah mentang-mentang kita dikurniakan dengan bermacam kemudahan dan kemewahan, kita pandang rendah pada orang yang serba kekurangan. Tuhan tu maha adil sifatnya. Setiap orang Tuhan beri kelebihan dan kekurangan. Jangan sombong bagi orang yang ada kelebihan. Dan jangan terlalu rendah diri bagi orang yang serba kekurangan. Yang penting usaha. Slow-slow kayuh janji sampai.
Apa yang penting masa hiking ialah kecekalan mental dan fizikal. Tapi antara dua tu, mental lagi penting. Biasa kita dengar orang cakap 'aku hidup ni pun berbekalkan semangat je, support dari orang sekeliling, kalau tak, tak tahulah apa jadi'. Macam tu la jugak masa hiking. Kadang-kadang sampai satu level, kita berhenti sekejap di tengah-tengah jalan berfikir 'apa yang aku buat ni.. Kalau tak datang pun.. buat penat je'. Dan masa tu lah pentingnya orang-orang sekililing kita menegur dan memberi sokongan. Sikit lagi bro, 5 minit je lagi. Padahal lagi 2 jam. Tapi takpa la, at least bila ada orang cuba memberi semangat macam tu, jiwa kita tersentak sekejap. Dan kita terus move on walaupun badan dah penat, kaki dah lagging, lutut dah goyang. Kita tetap move on.
Ada orang dia suka cabar diri dia. Bermula dari bukit-bukit yang rendah kemudian ke gunung-gunung yang tinggi. Mula-mula start dengan daypack hiking. Kemudian up satu level kepada yang berhari-hari punya hiking. Ada juga sekadar ikut-ikut orang. Target dia bukit atau gunung yang biasa je. Yang agak tough takpa lah katanya. Nak yang biasa-biasa je. Yang nak upgrade level ni biasanya dia kena invest sikit duit dia. Contohnya nak ke kinabalu, pakej naik sana lebih kurang 1k. Jadi menyimpan lah sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Beli kasut, khemah, beg, dan lain-lain barang yang perlu. Maknanya perlukan persediaan yang rapi untuk berdepan dengan cabaran yang lebih besar. Tapi kalau setakat nak naik bukit tabur, makan maggi, lepas tu balik. Pakai kasut getah pun takpa. Bawa air sebotol pun cukup. Tak pergi training pun takpa. Sebab cabaran dia tak tough sangat. Dalam hidup pun sama, lagi tinggi level atau darjat seseorang itu nak capai, lagi banyak perkara dia kena tahu dan bersedia. Level ijazah lain, PhD lain. Orang makan gaji lain, orang bisnes lain.
Antara yang best masa hiking ialah kita semua menjadi positif. Selisih dengan orang bagi salam, kalau non muslim pulak say hi. Walaupun tak kenal antara satu sama lain. Sama-sama jalan boleh sembang-sembang, tukar-tukar cerita dan akhirnya jadi kawan. Simple. Lepas tu saling memberi sokongan, air kawan habis bagi minum air kita dulu. Kalau dia nampak down, kita bagi moral support. Kalau selisih dan orang tanya 'jauh lagi ke bro', kita jawab 'dekat je, atas tu sikit je'. Biar pun lagi sejam. Maknanya kita nak motivate dia dan nak tengok dia sampai puncak. Bila dah sampai summit, kita cakap tahniah. Tangkap gambar buat kenangan. Waktu tu semua penat lelah dah tak rasa. Penat macamana sekalipun waktu nak ambil gambar mesti senyum punya sampai nampak gigi. Posing tak payah nak cerita la. Tu kalau berjaya sampai puncak la. Kalau tak, dengar je lah orang sembang. Sepatutnya dalam hidup pun macam tu la. Stay positive dan keep spreading positive energy no matter what, no matter how.

-sekadar renungan dari geng barai-




Comments

Popular Posts

Travelog Korea | Bahagian III | Secebis pengalaman di bumi Seoul

Ekpedisi Gunung Brinchang - Irau. Pahang. (2-4.9.2013)

Travelog Korea | Bahagian II | Tak kenal maka tak cinta

Rentak Dunia Bisnes

Tuhan Yang Mana? ep 1

Tuhan Itu Tidak Adil ?

Bahasa Inggeris : Belajar bertahun-tahun tapi tak power-power sampai sudah

Pengalaman Backpack Di Xian : Interaksi - Bukan Benda Main-Main

Kenapa Jadi Gelandangan ?