Posts

Showing posts with the label politik

Engkau Pergi Berhimpun Dapat Apa ?

Dulu masa pergi perhimpunan-perhimpunan 'haram' ni memang rasa lain macam. Semua orang berkongsi satu matlamat. Kasi tumbang itu BN masa pilihanraya. Sebab apa? Sebab kerajaan BN kerajaan korup. Simple. Walaupun masa pilihanraya itu hari PR (baca PAS - PKR - DAP) kalah tipis (tak kisah lah tipis ke tebal ke, kalah tetap kalah), tapi tak rasa down sangat walaupun rasa sedikit kecewa sebab tak menang.  Masa Bersih 2.0 dan Bersih 3.0, walaupun dah macam berperang melawan penjajah di tanah sendiri, sikit pun tak rasa gentar. Walaupun ditangkap, dipukul, kepala berdarah, lemas dalam tear gas, air mata mencurah-curah, tak sikit pun ada rasa nak mengalah. Dah la datang tidak berbayar, dapat sakit lagi. Tapi takpa sebab semangat 'rebel' kepada kerajaan korup tu meluap-luap. Dan pada waktu itu ada harapan pada PR untung gantikan BN.  Baru-baru ini, ada Bersih 4.0. Walaupun tujuan Bersih 4.0 tu untuk masih untuk menunjukkan perasaan 'rebel' kepada kerajaan yang s...

Engkau Apa Tahu - Episod 2

Kadang-kadang aku rasa nak muntah bila dengar perkataan politik. Kalau dengar perkataan UMNO, memang muntah terus. Dulu, kecuali Bersih 1, semua perhimpunan 'haram' yang besar-besaran dibuat kat selangor aku join. Kena sepak dengan polis, pedih, sesak nafas, nak pengsan kena tear gas dan water canon semua dah rasa. Masa pilihanraya pula, all out tolong PR berkempen, dengan harapan Malaysia boleh berubah lepas pilihanraya. Walaupun kalah, tapi tetap lagi positif untuk pilihanraya akan datang. Tapi bila 'engkau semua' duk berbalah sesama sendiri. Aku hilang harapan sekejap. Hari tu ada bersih masa merdeka, tapi aku tak join. Sebab harapan aku dah hilang. Harap-harap harapan tu kembali bersinar balik nanti. Politik Malaysia ni memang bangang. Engkau apa tahu?

Kita Yang Entah Ke Mana

Image
Hari ini semua orang bising-bising dengan kehadiran dua ekor Panda, Fu Wa dan Feng yi. Bila aku buka FB, ramai geng-geng yang tidak bersetuju dengan pembelian yang dibuat oleh kerajaan Malaysia komen-komen di FB. Ada yang komen secara direct dan ada juga yang komen dengan ayat-ayat sarkastik. "Daripada beli Panda yang harga berjuta-juta tu, lebih baik buat rumah untuk bayi yang dibuang." - Luah seorang wanita di FBnya. "Panda Diutamakan, Rakyat Dijahanamkan." - Luah seorang cikgu di FBnya. "RM 27 Juta untuk jaga panda, bengong apo la." - Seorang abang pos di status FBnya. Aku tak tahu nak komen macamana. Sehinggakan bila aku membaca komen-komen, maki-maki, luahan perasaan dan semua itu aku rasa macam sedih pula. Satunya sedih sebab apa yang dibuat oleh kerajaan tapi lebih bila tengok mentaliti kita. Aku bukanlah seorang yang aktif dalam gerakan politik. Mahupun semasa belajar di kampus dulu mahupun sekarang. Tapi aku bukan juga orang...