Kita Yang Entah Ke Mana
Hari ini semua orang bising-bising dengan kehadiran dua ekor
Panda, Fu Wa dan Feng yi. Bila aku buka FB, ramai geng-geng yang tidak bersetuju
dengan pembelian yang dibuat oleh kerajaan Malaysia komen-komen di FB. Ada yang
komen secara direct dan ada juga yang komen dengan ayat-ayat sarkastik.
"Daripada beli Panda yang harga berjuta-juta tu, lebih
baik buat rumah untuk bayi yang dibuang." - Luah seorang wanita di FBnya.
"Panda Diutamakan, Rakyat Dijahanamkan." - Luah
seorang cikgu di FBnya.
"RM 27 Juta untuk jaga panda, bengong apo la." - Seorang abang pos di status FBnya.
Aku tak tahu nak komen macamana. Sehinggakan bila aku membaca
komen-komen, maki-maki, luahan perasaan dan semua itu aku rasa macam sedih
pula. Satunya sedih sebab apa yang dibuat oleh kerajaan tapi lebih bila tengok mentaliti kita.
Aku bukanlah seorang yang aktif dalam gerakan politik.
Mahupun semasa belajar di kampus dulu mahupun sekarang. Tapi aku bukan juga
orang yang hanya membutakan mata, memekakkan telinga dengan apa yang berlaku
dalam Malaysia ini. Sudah banyak perkara-perkara yang dibuat kerajaan yang
membangkitkan kemarahan rakyat. Macam-macam. Lebih-lebih lagi selepas PRU
tempoh hari.
Dikejar dengan polis, dipukul dengan FRU, desembur dengan
water canon, dikepung dalam gas pemedih mata, semua itu pun dah rasa.
Semuanya semata-mata untuk meluahkan rasa agar sang
pemerintah mendengar luahan hati kami rakyat marhean ini.
Apabila tiba pilihanraya, aku antara orang-orang yang
bersungguh-sungguh berkempen dengan segala macam cara supaya kemenangan berpihak kepada PR. Tak
peduli walaupun dicop di-ban dan sebagainya.
Sampailah suatu masa apabila saatnya keputusan PRU diumumkan.
Lagi sekali PR kalah. Kemenangan masih berpihak kepada BN. Tak kisahlah mereka
guna cara kotor ke bersih ke, yang pastinya mereka yang menang. Gol yang
dijaringkan offside ke, reff berat sebelah ke, diving ke, apa ke, yang penting
mereka skor gol lebih. Sampai disaat itu, aku sedar yang kita rakyat Malaysia
bukannya tak tahu, kita tahu, bukannya maklumat tak sampai kepada kita, ianya
sampai, tapi ada sesuatu yang kita missing.
Aku tak tahu apa yang pakar politik, yang bertauliah ataupun
yang jenis sembang kencang menganalisanya, tapi aku percaya dalam suatu
perkara. Kita perlu membina dari asasnya. Start from the foundation. Memberi
kefahaman, menanamkan keimanan, mendidik dengan kesabaran kepada setiap
jiwa-jiwa manusia yang ada di Malaysia ini.
Susah. Memang susah. Tidak aku nafikan.
Dengan sekarang kita asyik bertelagah. Sekali satu isu baru
timbul, sekali orang kita menjadi bangang. Lagi-lagi dengan teknologi media
yang ada sekarang. Kalau dulu bangang jugak. Tapi habis di kedai kopi saja.
Tapi sekarang bangangnya sampai ke dalam jamban. Sambil-sambil buang air besar
pun masih sempat memaki hamun orang lain.
Itu masih belum kira dengan so-called Pejuang Islam yang
asyik bergaduh sesama sendiri. Masing-masing dengan aliran masing-masing.
'Pejuang Islam' A mengata 'Pejuang Islam' B. Lepas tu si B pulak balas. Mereka
lupa barangkali, yang Islam itu sendiri adalah asas kepada kesatuan kita.
Itu belum kira dengan puak yang berfikiran "Ah, lantak
korang la, janji tak kacau hidup aku."
Di mana titik kesatuan kefahaman bagi semua ini? Apa cara
yang boleh kita capainya?
Kadang-kadang penat jugak bila fikirkan tentang ini. Iye lah,
kita seorang tak mampu nak fahamkan semua orang yang berbagai latar belakang, ideologi, doktrin, kefahaman, dan
sebagainya.
Manusia ini bukan macam komputer. KIta boleh install 100 komputer
dengan hardware dan software yang sama. Bukan setakat 100, sejuta pon boleh.
Satu yang aku syukurkan adalah dapat menimba ilmu dengan Ust.
Hasrizal. Iya, dia pun tak sempurna. Kadang-kadang tu terikut-ikut juga emosi.
Sempat aku hadiri beberapa seminar yang disampaikan oleh dia.
Dan yang paling aku terkesan, sehingga sekarang aku masih lagi berpegang dengan
apa yang disampaikan adalah perkongsian tentang ibrah dari Surah Al-Kahfi dan
Surah Al-Hujurat.
Pada umur aku 25 tahun. Aku sedar satu benda.
Untuk merubah dunia, aku hanya perlu merubah satu perkara,
iaitu diri aku sendiri.
Memetik kata-kata Kak Wardina yang entah dia petik dari mana;
Yesterday I was clever, so I wanted to change the world.
Today I am wise, so I change myself.
Ramai diluar sana mereka tidak terhegeh-hegeh untuk
'Change the world', tapi 'the change'
itu bermula dengan diri mereka. Sekarang mereka telah pun change the world.
Bermula dengan masyarakat sekeliling mereka. Kita pula masih lagi sibuk
changing the world. Diri sendiri pula entah kemana. Orang lain 5 tahun
kehadapan telah merubah sesuatu, kita pula masih lagi di takuk yang lama.
Teringat pulak lagu dikir barat 'Apa Erti Kemerdakaan'.
Apa erti kita marah pada hari ini, sedangkan kita tidak pun berbuat apa-apa untuk mengubah keadaan pada lima tahun akan datang.
![]() |
Gambar ihsan google |
Comments
Post a Comment