Posts

Showing posts from December, 2013

Tuhan Yang Mana? ep 1

Perbualan Boy dengan Dr. Rozi pagi itu tidak membuahkan hasil. Bahkan lebih membingungkannya. Ditanya lain, dijawabnya lain. Ternyata Dr. Rozi bukanlah orang selayaknya untuk diajak berbual mengenai perkara itu. Sudah bertahun perkara tersebut bersarang di kepala Boy. Sudah berpuluh orang ditanyanya. Namun belum ada jawapan yang memuaskan hatinya. "Bodoh la kau Boy. Kau tahu tak Tuhan tu ada satu jer. Yang kau pergi sembah Tuhan yang banyak-banyak tu kenapa bodoh." Jembang meninggikan suara. "Mana kau tahu Tuhan tu satu?" Soal Boy. "Ish melawan pulak budak ni. Aku tampar jugak nanti." Kali ini Jembang betul-betul marah. Tapi Boy tahu apa yang perlu dia buat kalau Jembang naik angin macam ni. "Jembang, Xin Jie kirim salam kat kau." Boy tersengih. Terdengar hilai dari budak-budak lain.  Boy anak cina yang berasal dari Cheras, KL. Sebelum ini dia tidak pernah berkawan dengan anak melayu. Tapi sejak dia kena hadir ke PLKN, di...

Tuhan Itu Tidak Adil ?

Image
Lena sungguh anak kecil itu tidur didalam dakapan ibunya. Rambutnya yang sedikit perang itu diusap manja oleh ibunya. Sesekali kelihatan anak kecil itu merengek-rengek. Minta untuk didodoikan agaknya. Suhu hari ini sudah kurang sejuk. Kalau nak dibandingkan cuaca sewaktu aku tiba seminggu lepas dengan sekarang, agak banyak bezanya. Ini bermakna musim sejuk hampir melabuhkan tirainya. Ini juga bermakna musim bunga bakal menjelma! Tidak sabar rasanya untuk menikmati keindahan bunga Cherry Blossom di negara ' Goryeo ' ini. Saat-saat yang ditunggu-tunggu oleh sesiapa saja terutamanya pelancong asing seperti aku.  " This stop is Itaewon Station, Itaewon Station ." 'Pramugari' subway  membuat pengumuman kereta api ( subway ) telah sampai di stesen Itaewon.  " Huh ..," aku mengeluh dalam. Badan terasa sangat letih. Kaki pula sangat lenguh. Tidak larat lagi untuk berjalan kaki. Mahu saja aku merangkak pulang ke rumah tamu. Hari ini seharian sun...