Posts

Showing posts with the label mengembara

Pengalaman Backpack Di Xian : Interaksi - Bukan Benda Main-Main

Image
Sebenarnya perkara ni dah lama bermain difikiran aku. Lama tak lama, lepas aku balik Xian tempoh hari. Tapi aku tak sempat nak tulis. Jadi aku biarkan dulu ia tersimpan kemas dalam kotak hipokampus di dalam otak aku ni. Pagi tadi, ingatan episodik aku berkenaan perkara ni kembali selepas aku mendengar radio di dalam kereta. Jadi aku ringkaskan. Seperti yang kita sedia maklum, Xian adalah sebuah kota di China yang terkenal dengan keislamannya. Sebuah kota lama yang pernah menjadi pusat pemerintahan negara China suatu ketika dulu. Islam sampai di China sewaktu Saad Bin Abi Waqas diutuskan oleh Uthman Bin Affan untuk meluaskan dakwah Islam ke sana. Cuba kita bayangkan macamana orang di China pada waktu itu yang tidak boleh bercakap arab boleh memeluk Islam yang dibawa oleh Saad? Macamana orang China yang bertutur dalam bahasa berbeza, berbudaya dengan budaya berbeza, berpegang dengan kepercayaan berbeza akhirnya boleh memeluk Islam yang kebanyakannya menggunakan bahasa arab...

Falsafah Gunung

Image
Hidup ni umpama mendaki gunung. Mula-mula kita rasa excited nak naik, sebab nampak orang naik best, tapi bila dah separuh jalan mulalah rasa penat dan nak give up. Orang yang hati cekal selalu berkata 'go on, sikit lagi sampai puncak tu'. Hati yang tak cekal pula terus surrender separuh jalan dan hanya melihat orang lain meneruskan perjalanan. Tapi ada orang masa first time dia surrender separuh jalan, kemudian dia balik training dan dia repeat. Akhirnya dia berjaya juga sampai ke puncak. Ada juga yang apabila surrender, dia surrender terus. Dah taknak cuba untuk second time. Tak dapatlah dia merasa nikmatnya sampai ke puncak dan melihat keindahan ciptaan Tuhan. Begitulah hidup, kita mesti pernah down, tak larat dah, cannot go on anymore. Dan yang paling perit ialah apabila gagal. Masa kita alami semua itu, apa yang kita buat? Surrender atau keep moving? Orang yang hati cekal, tak mudah untuk dia putus asa. Walau jatuh berkali, dia tetap bangkit dan terus mara ke depan. ...

Tuhan Itu Tidak Adil ?

Image
Lena sungguh anak kecil itu tidur didalam dakapan ibunya. Rambutnya yang sedikit perang itu diusap manja oleh ibunya. Sesekali kelihatan anak kecil itu merengek-rengek. Minta untuk didodoikan agaknya. Suhu hari ini sudah kurang sejuk. Kalau nak dibandingkan cuaca sewaktu aku tiba seminggu lepas dengan sekarang, agak banyak bezanya. Ini bermakna musim sejuk hampir melabuhkan tirainya. Ini juga bermakna musim bunga bakal menjelma! Tidak sabar rasanya untuk menikmati keindahan bunga Cherry Blossom di negara ' Goryeo ' ini. Saat-saat yang ditunggu-tunggu oleh sesiapa saja terutamanya pelancong asing seperti aku.  " This stop is Itaewon Station, Itaewon Station ." 'Pramugari' subway  membuat pengumuman kereta api ( subway ) telah sampai di stesen Itaewon.  " Huh ..," aku mengeluh dalam. Badan terasa sangat letih. Kaki pula sangat lenguh. Tidak larat lagi untuk berjalan kaki. Mahu saja aku merangkak pulang ke rumah tamu. Hari ini seharian sun...

Ekpedisi Gunung Brinchang - Irau. Pahang. (2-4.9.2013)

Image
Jam 8 pagi. Kami sampai ke kaki gunung Brinchang.  Get ready for hiking.  Amboih beg nak besar saja Dari kiri kita : Butang, Farid, Nazmi, Afiq dan Joe Trek Gunung Brinchang. Boleh tahan la extreme nye tu. Selamber je gadis-gadis ni panjat gunung. #Respect Dari kiri kita: Apek, mirol dan Nazmi Ok. Dah nak sampai. 10.40 am. AKHIRnya. Sampai jugak ke puncak Gunung Brinchang. Alhamdulillah. Fuh. Habis comot.  Prepare for lunch before depart to  Gunung Irau. Ceh, depart gitu. haha Bob & Syamil sedang bahagikan makanan untuk team kami.  Menara di puncak Brinchang untuk tengok matahari terbit. Sunrise.  20 sen 20 sen 20 sen Mossy Forest. Starting point untuk ke puncak Irau. Baju AON = Bie Baju Merah = Am, guider kami. Kat Mossy Forest ni macam tempat tarikan pelancong gitu la. Ada tangga untuk masuk ke hutan. Siap ada orang buat photoshot gambar kahwin lagi kat sini....

Travelog Korea | Bahagian III | Secebis pengalaman di bumi Seoul

Image
Bismillahirrahmanirrahim A nnyeonghaseyo | 안녕하세요 Teringat cerita Pakcik Redha semasa kami tinggal di rumah tamu di Itaewon. Ines Inn adalah rumah tamu yang disewakan kepada pelancong sejak turun temurun. Lokasinya memang strategik. Cumanya agak penat sedikit untuk berjalan keluar rumah kerana kawasannya agak tinggi. Macam naik bukit. Terpaksa kuatkan semangat apabila pulang dari berjalan-jalan kerana kaki sememangnya sudah penat dan terpaksa pula menaiki bukit untuk sampai ke rumah. Di Itaewon, senang untuk kita mendapatkan makanan halal kerana terdapat ramai orang Islam disitu. Di Itaewon, ramai orang-orang dari negara asing yang beragama Islam yang menetap disitu. Kebanyakannya berniaga. Dari situlah mereka menyebarkan Islam kepada penduduk setempat dan alhamdulillah ramai juga yang memeluk Islam hasil dakwah mereka. Teringat subjek sejarah yang diajar di sekolah menengah dulu. Bagaimana Islam tersebar ke Tanah Melayu melalui perdangangan bilamana orang-orang Islam dari...