Bahasa Inggeris : Belajar bertahun-tahun tapi tak power-power sampai sudah
Baru je call adik aku yang baru lepas ambil result UPSR. Tanya dia, berapa dapat ? Dia cakap 1A 5C. Lepas tu dia tanya, are you disappointed ? Dia tanya dalam Bahasa Inggeris tu. Gelak sakan aku. Aku jawab, ok jer. Balik nanti abang beli hadiah as promised. Lepas tu dia pulak gelak. Rupa-rupanya dia dapat 5A 1C. Hangin betul aku kena tipu. Yang C tu subjek Bahasa Inggeris. Kat sekolah dia, Sek Keb Mentuan, takda sorang pun dapat straight 6A. Kebanyakkannya sangkut kat kertas Bahasa Inggeris 2. Mungkin nanti akan keluar laporan dari kementerian pasal ni. Mungkin la. ----- Bahasa Inggeris ni kita belajar secara formal start dari tadika sampai la masuk sekolah menengah, sampai la ke universiti. Paling kurang kita belajar Bahasa Inggeris ni 10 - 11 tahun. Lama tu. Secara formal pulak tu. Tapi ramai (termasuk aku) tak boleh nak kuasai secara sepenuhnya Bahasa Inggeris ni. Lagi-lagi bab speaking. Kalau tengok orang-orang luar yang datang bekerja di Malaysia seperti...

