Bahasa Inggeris : Belajar bertahun-tahun tapi tak power-power sampai sudah
Baru je call adik aku yang baru lepas ambil result UPSR. Tanya dia, berapa dapat ? Dia cakap 1A 5C. Lepas tu dia tanya, are you disappointed ? Dia tanya dalam Bahasa Inggeris tu. Gelak sakan aku. Aku jawab, ok jer. Balik nanti abang beli hadiah as promised. Lepas tu dia pulak gelak. Rupa-rupanya dia dapat 5A 1C. Hangin betul aku kena tipu. Yang C tu subjek Bahasa Inggeris.
Kat sekolah dia, Sek Keb Mentuan, takda sorang pun dapat straight 6A. Kebanyakkannya sangkut kat kertas Bahasa Inggeris 2. Mungkin nanti akan keluar laporan dari kementerian pasal ni. Mungkin la.
-----
Bahasa Inggeris ni kita belajar secara formal start dari tadika sampai la masuk sekolah menengah, sampai la ke universiti. Paling kurang kita belajar Bahasa Inggeris ni 10 - 11 tahun. Lama tu. Secara formal pulak tu. Tapi ramai (termasuk aku) tak boleh nak kuasai secara sepenuhnya Bahasa Inggeris ni. Lagi-lagi bab speaking.
Kalau tengok orang-orang luar yang datang bekerja di Malaysia seperti orang bangla, myammar, india semua tu, 2-3 tahun duduk kat sini pun dah terer bercakap Bahasa Malayu. Siap boleh mengayat awek-awek melayu lagi.
Bagi aku, benda ni disebabkan sistem P&P yang dipraktikkan kat sekolah-sekolah. Kita ditekankan sangat dengan penulisan, sehingga percakapan diketepikan. Ye la, dalam peperiksaan UPSR, PMR, SPM semua tu mana ada speaking test. Semua ujian bertulis. Jadi, ramai yang cemerlang bab penulisan, tapi tak berapa bagus dalam percakapan.
Tambahan lagi, cikgu yang mengajar Bahasa Inggeris gunakan hampir 90% bahsa penyampaiannya dalam Bahasa Melayu. Jadi pelajar tidak biasa mendengar dan bertutur dalam Bahasa Inggeris. Kalau bertutur pun masa nak minta kebenaran pergi ke tandas. "Teacher, may i go to toilet?".
Nak bercakap dalam bahasa lain ni, memang kena praktik selalu, bagi lidah tu lembut dan otak cepat memproses apa ayat yang kita nak cakap. Baru benda tu smooth. Aku yang loghat Kelantan ni pun susah nak bercakap dalam Bahasa Melayu biasa. Tu sama-sama melayu tu, loghat je yang beza. Ini kan pula bahasa yang totally lain. Apatah lagi.
Perkara ni aku perasan bila masuk universiti. Bila lecturer mengajar totally dalam English, nota pun semua dalam English, masa presentation dan Q&A session, kau kena jawab dalam English, lepas tu pula berkawan dengan orang dari negara luar, nak taknak kena bercakap dalam English jugak. Lama-kelamaan, otak dah boleh proses dengan lancar bila kita nak bercakap dalam English. Dah kurang sangkut-sangkut. Confidence level makin tinggi. Sebab apa? Ye, sebab "practice makes perfect".
Jadi, aku berpendapat, untuk kita menguasai sepenuhnya Bahasa Inggeris ni, tak cukup hanya dengan belajar manulis, mengeja dan membaca. Mesti diperkemaskan dengan belajar bercakap dan bertutur.
Bukan nak agung-agungkan Bahasa Inggeris, tapi sekadar untuk tidak membuang masa dengan belajar secara formal selama bertahun-tahun, tapi akhirnya, menulis pun tidak cemerlang, bercakap apatah lagi.

Comments
Post a Comment