Travelog Korea | Bahagian II | Tak kenal maka tak cinta
Bismillahirrahmanirrahim
Annyeonghaseyo | 안녕하세요
Korea Selatan. Memang sebuah negara yang
terkenal di mata dunia. Lebih-lebih lagi dengan muzik K-pop (Korean Pop) yang
menjadi kegilaan ramai anak muda sekarang. Tak silap aku, zaman keobsesan
masyarakat dunia terutamanya Malaysia terhadap Korea bermula seawal zaman drama
Winter Sonata ditayangkan di TV pada tahun 2002. Selepas itu, muncul pelbagai
lagi drama dan TV show seperti Coffee Prince, Boys Over Flower, Secret Garden
dan Running Man yang mana telah membuakkan lagi minat masyarakat terhadap negara
Korea Selatan. Sehingga ada yang membuat koleksi drama-drama dan TV show tersebut sampai beratus-ratus
gigabyte di dalam komputer mereka.
Dan kini dengan kemunculan K-pop menambahkan
lagi keobsesan mereka kepada gaya hidup masyarakat Korea dan ini dapat dilihat
dengan munculnya pusat-pusat latihan yang menawarkan kelas untuk berlatih
tarian K-pop, pakaian-pakaian yang ala-ala Korea yang berlambak-lambak
dipasaran, make up yang kononnya boleh menjadikan rupa paras lebih ayu seperti wanita-wanita
Korea dan macam-macam lagi yang mana semuanya adalah Korea, Korea dan Korea.
Memang tidak dinafikan Korea adalah sebuah negara yang mempunyai banyak daya tarikan. Memang banyak. Mungkin ramai yang pergi melancong ke Korea sebab mereka ini merupakan sememangnya peminat drama-drama
Korea ataupun muzik K-Pop ataupun Running man. Mungkin mereka telah melihat
gambaran-gambaran Korea sebelum mereka pergi ke sana. Dan kesempatan ini telah diambil
oleh producers filem mereka untuk
mengiklankan secara tidak langsung tentang keindahan dan tarikan-tarikan yang
ada di sana dan ternyata ianya agak berkesan.
Tapi aku bukanlah seorang yang obses
dengan Korea. Drama Korea pun aku jarang tengok. Kalau tak silap, hanya satu
drama saja yang aku habiskan episodnya. Tapi sudah lupa tajuknya. Running man? Kadang-kadang apabila
kawan-kawan buka baru aku tengok. Tu pun kat laptop kawan. Muzik k-pop, adalah
dengar dan minat. Tapi jarang-jarang juga. Kalau tahu satu dua lagu pun sebab
ada kawan yang memang tiap-tiap hari buka lagu tu sampai aku pun dah hafal
liriknya [senyum]. Muzik K-pop memang seronok untuk didengari, akan tetapi disebabkan aku
tidak faham maksud lagu dan tidak tahu sebutan yang sebetulnya, aku jadi tidak
beberapa suka untuk mendengarnya. Lebih baik dengar lagu melayu atau inggeris
yang lebih faham akan makna lagunya. Mungkin itu sebab aku susah untuk minat
dengan Korea (Korea gambaran).
Tapi.....
Semuanya berubah apabila aku ke sana. Aku
jatuh cinta dengan Korea (macam melampau sangat je ni). Aku tiba-tiba menjadi
suka dengan Korea. Korea yang original. Tanpa perantaraan gambarannya. Umpama
jatuh hati kepada wanita setelah mengenali dia, bukan dengan melihat gambarnya
di dalam album. Aku jatuh hati dengan rakyat Korea. Budaya mereka, sikap mereka,
disiplin mereka, percakapan mereka, bahasa mereka, dan kebanyakan dari gaya
hidup mereka.
Korea adalah sebuah negara yang lebih
maju dari kita, Malaysia. Bukan setakat dari segi teknologinya yang maju, bahkan
budaya hidup dan sikap mereka juga 'maju'.
Di Korea, mereka sangat menghargai seni. Rata-rata
tempat yang aku pergi, selalunya adalah seni-seni yang menghiasi tempat
tersebut. Graffiti, boneka dan rekaan-rekaan yang kreatif memang mudah untuk
dijumpai.
Rakyat Korea memang sangat berdisiplin,
tepati masa dan laju!
Dan banyak lagi yang membuat aku suka dengan Korea. Tak kenal,
maka tak cinta. Kata pepatah kita.
Rasanya seminggu di Seoul terlalu sekejap
untuk menikmati semua kebaikan ini.
Gwanghamun Square
Sedang melukis gambar tugu-tugu |
Sedang melukis gambar tugu-tugu |
Pameran tentang sikap manusia. Yang ini jenis manusia yang terlalu obses kejayaan dan kesempurnaan. |
Yang ini manusia yang terlalu obses dengan bersenang lenang. |
Yang ini manusia yang terlalu obses melayan perasaan. |
Yang ini manusia yang terlalu obses dengan duit. |
Ada satu lagi yang terlalu obses dengan kecntikan. Tapi gambar tidak dapat dikongsikan disini. :D
Gyeongbokgung Palace
![]() |
Bergambar dengan penjaga pintu masuk Palace |
![]() |
Ketua penjaga pintu masuk |
Dataran Gyeongbokgung Palace. Dihadapan sana adalah pintu masuk Palace. Tapi kami tak masuk pun ke dalam. Hanya tengok-tengok dari luar saja. |
Pakaian pahlawan zaman dahulu kala |
Cheongyecheon stream
Guard Changing ceremony near City Hall
---
Tamat bahagian
II
Comments
Post a Comment