Travelog Korea | Bahagian III | Secebis pengalaman di bumi Seoul




Bismillahirrahmanirrahim

Annyeonghaseyo | 안녕하세요

Teringat cerita Pakcik Redha semasa kami tinggal di rumah tamu di Itaewon. Ines Inn adalah rumah tamu yang disewakan kepada pelancong sejak turun temurun. Lokasinya memang strategik. Cumanya agak penat sedikit untuk berjalan keluar rumah kerana kawasannya agak tinggi. Macam naik bukit. Terpaksa kuatkan semangat apabila pulang dari berjalan-jalan kerana kaki sememangnya sudah penat dan terpaksa pula menaiki bukit untuk sampai ke rumah. Di Itaewon, senang untuk kita mendapatkan makanan halal kerana terdapat ramai orang Islam disitu. Di Itaewon, ramai orang-orang dari negara asing yang beragama Islam yang menetap disitu. Kebanyakannya berniaga. Dari situlah mereka menyebarkan Islam kepada penduduk setempat dan alhamdulillah ramai juga yang memeluk Islam hasil dakwah mereka. Teringat subjek sejarah yang diajar di sekolah menengah dulu. Bagaimana Islam tersebar ke Tanah Melayu melalui perdangangan bilamana orang-orang Islam dari timur tengah datang berdagang ke Tanah Melayu dan mengambil peluang tersebut untuk menyebarkan Islam. Begitulah agaknya keadaan di Itaewon. Di situ terdapat sekolah Islam dan masjid yang agak besar untuk menampung keperluan masyarakat Islam untuk mendapatkan ilmu berkaitan agama Islam.

Berbalik kepada cerita Pakcik Redha sewaktu kami bersembang-sembang pada malam itu. Dia berkongsi pengalaman sewaktu dia belajar di Leeds Universiti, UK dulu yang mana semasa cuti semester, pernah sekali dia mengembara di negara sekitar UK selama sebulan. Kalau tak silap, dia pergi ke Sepanyol, Perancis dan Itali. Pada waktu itu, dia main redah saja. Tak tahu jalan, tanya orang. Katanya, manusia diseluruh dunia ini sama saja. Kalau kita minta tolong, mereka akan tolong. Cumanya perlu berani saja. Tambahnya lagi, bila kita merantau, barulah dia dapat melihat budaya, adat resam dan kehidupan orang lain dan membuka minda kita. Kalau kita hanya hidup di Malaysia sahaja, maka minda kita, perangai kita, gaya hidup dan semuanya adalah Malaysia saja lah. Bila mengembara, baru minda kita terbuka dan melihat dunia ini dengan pandangan yang lebih luas. Aku begitu terkesan dengan kata-katanya. Ada betulnya. Kadang-kadang kita kena keluar untuk mengeluarkan diri kita dari kepompong pemikiran dan gaya hidup yang biasa.

Di Korea, aku melihat banyak fenomena dan senario yang menarik sehingga aku sangat suka untuk berkongsi dengan orang lain. Sekadar pergi ke sana untuk berjumpa dengan artis-artis Korea ataupun mencuci mata adalah suatu yang sangat non-sense. Tapi untuk merefleksi diri supaya menjadi lebih baik pada masa akan datang.

Mana tong sampah?

Berjalan-jalan di Seoul memang melenguhkan kaki. Di Seoul, pengangkutan awam menjadi pilihan utama masyarakat di situ. Sistem pengangkutan awamnya sangat cekap dan cepat, terutamanya subway (macam LRT). Hampir semua daerah di Seoul mempunyai stesen subway. Jadi, kami tak kisah sangatlah kalau nak naik subway untuk pergi ke mana-mana. Sebab senang dan murah. Cumanya, agak pening jugak lah pada awal-awalnya sebab banyak sangat line yang ada. 10 line. Jadi memang kena tengok peta kalau nak travel menggunakan subway. Stesen subway pula biasanya berada di bawah tanah. Ada la satu dua stesen yang berada di atas seperti Malaysia, tapi kebanyakannya berada di bawah tanah. Satu pendekatan yang baik diambil oleh kerajaan Korea Selatan untuk menjimatkan penggunaan ruang di atas tanah. Maklum sajalah, Seoul adalah sebuah kotaraya yang sangat padat. Menurut data yang dikeluarkn oleh OECD, Seoul adalah kota yang mempunyai kepadatan penduduk kedua tertinggi di dunia (23 juta) selepas kotaraya Tokyo (35 juta) (sumber: KBS world). Jadi kerajaan Korea terpaksa membuat perancangan sebaiknya untuk memastikan setiap kawasan digunakan sebaik-baiknya.

Sepanjang aku berjalan-jalan di sekitar bandar di sana, sangat payah untuk mencari tong sampah. Kalau ada pun, di stesen Subway dan sesetengah tempat saja. Nak lihat tong sampah di tepi-tepi jalan, agak mustahil. Kalau nak buang sampah, terpaksalah simpan di dalam beg atau poket dahulu. Namun yang hairannya, walaupun dibandar-bandarnya susah untuk mencari tong sampah,  pada masa yang sama sampah pun sangat susah untuk kelihatan. Sangat susah. Mungkin sebab di sana, rakyat dididik untuk tidak membuang sampah merata-rata. Sistem pendidikan formal mahupun tidak formal yang menekankan tentang pentingnya moral dalam kehidupan menjadikan rakyat mereka begitu. Kita? Walaupun dihidangkan dengan subjek pendidikan Islam, tapi masih lagi rendah nilai akhlaknya. Sampah? Lagikan ada tong sampah pun sampah berlambak-lambak. Inikan pula tiada tong sampah.

Membaca pengalaman dan perkongsian orang lain sangat berbeza dengan mengalaminya sendiri. Betapa perlu bermuhasabah diri apabila melihat rakyat yang agamanya bukan Islam dan tidak beragama itu lebih berakhlak berbanding kita yang bergelar muslim. Tetapi tidak mensejahterakan alam sekitar.

Walaupun suasana malam agak berlainan dengan banyaknya sampah terutamanya flyers dan botol-botol dan tin-tin minuman keras, tapi bila tibanya waktu siang, semua itu akan dikutip pengutip-pengutip sampah dan bandar akan menjadi bersih kembali.


*Cerita ini belum habis tapi macam tak sempat untuk menulis update saja lah yang mana ada





Keluar dari keretapi bawah tanah (subway). Subway adalah antara pengangkutan utama di Seoul. 90% dari perjalanan kami disana menggunakan subway. Sangat cekap dan menghubung seluruh bandar Seoul. Harga pun ok. :)

Keadaan didalam subway. Masing-masing menghadap phone. Tak kira usia.  Smart phone sangat penting dalam hidup. :)




Kerongsang. Antara kegilaan pelancong dari Malaysia. Macam-macam ada. 

Sotong bakar? Ke apa namanya.... tapi memang sedap. Terbaik ! :)


Piaggio. Antara motosikal yang paling banyak digunakan di Seoul. Aku pun memang minat vespa ni. dari dulu lagi. Aku dan Seoul sehati sejiwa. hahahahaha



- Cermin diri anda
- Manifestasi cinta di bumi Korea
- Ke tepi!
- Meraikan seni
- Seni contengan dinding
- Kosmetik dan plastik
- We believe in the power of hand

Comments

Popular Posts

Ekpedisi Gunung Brinchang - Irau. Pahang. (2-4.9.2013)

Falsafah Gunung

Travelog Korea | Bahagian II | Tak kenal maka tak cinta

Rentak Dunia Bisnes

Tuhan Yang Mana? ep 1

Tuhan Itu Tidak Adil ?

Bahasa Inggeris : Belajar bertahun-tahun tapi tak power-power sampai sudah

Pengalaman Backpack Di Xian : Interaksi - Bukan Benda Main-Main

Kenapa Jadi Gelandangan ?