Rasa macam dah lama tak menulis kat sini. Rindu pula rasanya. Hurmm
Travelog Korea | Bahagian III | Secebis pengalaman di bumi Seoul
Bismillahirrahmanirrahim A nnyeonghaseyo | 안녕하세요 Teringat cerita Pakcik Redha semasa kami tinggal di rumah tamu di Itaewon. Ines Inn adalah rumah tamu yang disewakan kepada pelancong sejak turun temurun. Lokasinya memang strategik. Cumanya agak penat sedikit untuk berjalan keluar rumah kerana kawasannya agak tinggi. Macam naik bukit. Terpaksa kuatkan semangat apabila pulang dari berjalan-jalan kerana kaki sememangnya sudah penat dan terpaksa pula menaiki bukit untuk sampai ke rumah. Di Itaewon, senang untuk kita mendapatkan makanan halal kerana terdapat ramai orang Islam disitu. Di Itaewon, ramai orang-orang dari negara asing yang beragama Islam yang menetap disitu. Kebanyakannya berniaga. Dari situlah mereka menyebarkan Islam kepada penduduk setempat dan alhamdulillah ramai juga yang memeluk Islam hasil dakwah mereka. Teringat subjek sejarah yang diajar di sekolah menengah dulu. Bagaimana Islam tersebar ke Tanah Melayu melalui perdangangan bilamana orang-orang Islam dari...
Comments
Post a Comment