Engkau Pergi Berhimpun Dapat Apa ?
Dulu masa pergi perhimpunan-perhimpunan 'haram' ni memang rasa lain macam. Semua orang berkongsi satu matlamat. Kasi tumbang itu BN masa pilihanraya. Sebab apa? Sebab kerajaan BN kerajaan korup. Simple. Walaupun masa pilihanraya itu hari PR (baca PAS - PKR - DAP) kalah tipis (tak kisah lah tipis ke tebal ke, kalah tetap kalah), tapi tak rasa down sangat walaupun rasa sedikit kecewa sebab tak menang.
Masa Bersih 2.0 dan Bersih 3.0, walaupun dah macam berperang melawan penjajah di tanah sendiri, sikit pun tak rasa gentar. Walaupun ditangkap, dipukul, kepala berdarah, lemas dalam tear gas, air mata mencurah-curah, tak sikit pun ada rasa nak mengalah. Dah la datang tidak berbayar, dapat sakit lagi. Tapi takpa sebab semangat 'rebel' kepada kerajaan korup tu meluap-luap. Dan pada waktu itu ada harapan pada PR untung gantikan BN.
Baru-baru ini, ada Bersih 4.0. Walaupun tujuan Bersih 4.0 tu untuk masih untuk menunjukkan perasaan 'rebel' kepada kerajaan yang sama yang masih korup, hati aku dah tawar macam biskut tawar. Biskut tawar pun lagi sedap berbanding hati aku. Nak tengok update pasal perhimpunan tu pun aku rasa malas. Senang cerita aku dah malas nak ambil berat politik Malaysia. Ambil kisah sikit - sikit tu ada lah.
Yang aku pelik, masa Bersih 4.0 itu hari, kerajaan takda pula nak suruh polis pergi belasah orang, takda pula FRU nak berarak dengan cota dan sembur water canon, tembak tear gas. Aman je aku tengok perhimpunan hari itu. Masa bersih sebelum ni, bukan main beria halang sampai ada yang meninggal dunia. Engkauorang tahu kenapa depa buat macam tu? Ah, engkau apa tahu? Hari-hari duk selfie, main facebook, layan instagram.
Lepas Bersih 4.0, ada pulak perhimpunan baju merah. Kebetulan hari depa berhimpun tu aku pergi KL Sentral. Ada la nampak 2-3 kerat yang berhimpun. Situ sikit, sini sikit, sana sikit. Lepas pergi berhimpun pula pergi buat kacau kat ChinaTown. Habis kecoh isu perkauman sebab depa ni. Sehari dua lepas perhimpunan baju merah tu, baru dapat tahu yang ada ramai diantara depa yang dibayar dan ditipu untuk ke sana. Entah la, aku tak tahu nak cakap apa-apa.
Panjang lebar aku tulis pasal politik bukan sebab nak tunjuk pandai pasal politik. Tapi untuk kenangan aku masa tua nanti. Paling kurang, esok hari bila dah tua, aku boleh ingat balik yang aku pernah berprinsip seperti sekarang. 'Tak payah susah-susah nak kawal benda yang kita tak boleh kawal, cukup lah kita kawal apa yang kita boleh kawal'. Lain macam pula bila translate perkataan 'control' kepada kawal.
Comments
Post a Comment