Obsessive Thinking Disorder | Pre-analysis
Mula-mula ingatkan diri sendiri saja nak
pernah alami situasi sebegini. Rupa-rupanya ada lagi insan senasib di luar sana
yang juga mengalami masalah yang sama.
Entah macamana harus diperkenalkan 'penyakit'
tersebut. Mungkin ianya bukan sejenis penyakit, akan tetapi sejenis sindrom
ataupun 'disorder'. Sama seperti
sindrom atau 'disorder' lain yang
menyerang manusia seperti bipolar disorder, emotional disorder etc.
Disorder. Saya rasa
lebih sesuai untuk menggelarnya sebagai satu bentuk disorder berbanding perkataan lain.
Keadaannya adalah di mana kita tidak mampu
lagi mengawal minda kita dari berfikir dan terus berfikir. Sehingga mana
pemikiran-pemikiran tersebut membentuk pelbagai teori dan falsafah yang tidak
sepatutnya wujud dalam pemikiran kita.
Kebiasaannya, mereka yang menyedari perkara
ini berlaku kepada orang disekeliling mereka akan menasihatkan orang tersebut
agar kurangkan berfikir atau jangan banyak sangat berfikir. Akan tetapi, mereka
tidak mampu untuk menahan otak mereka daripada terus berfikir.
Ini ringkasan bagi disorder tersebut.
Asalnya apabila diterjemahkan perkataan disorder tersebut kepada Bahasa Melayu,
bunyinya akan menjadi agak pelik, gangguan. Macam tak berapa sesuai untuk menggambarkan
situasi tersebut. Jadi, perkataan disorder
lebih sesuai digunakan untuk menggambarkan situasi yang sebenarnya.
Pada permulaannya, saya hanya merasakan ianya
adalah sejenis thinking disorder yang mencelarukan pemikiran
sendiri.
Apabila dibuat sedikit pembacaan dan kajian,
akhirnya saya menemukan terminologi yang paling sesuai (setakat ini) bagi disorder tersebut iaitu Obsessive Thinking Disorder. Ataupun
dalam Bahasa Melayunya adalah Gangguan Pemikiran Yang Keterlaluan.
Ya. Memang keterlaluan. Tidak dinafikan.
Ianya sangat menggangu hidup sehinggakan boleh menyebabkan tidak dapat tidur
diwaktu malam, hati selalu resah gelisah, jiwa menjadi kacau, hilang fokus
dalam kerjaya dan sebagainya.
Saya masih ingat, dalam beberapa bulan yang
lalu, saya mengalami masalah ini dengan teruk sekali. Sehinggakan saya
merasakan saya sendiri pun tidak tahu apa yang saya fikirkan - 'the things just came into my mind non-stop'.
Sehingga saya mengambil keputusan untuk memperbanyakkan aktiviti yang boleh
menidurkan otak saya atau bahasa mudahnya adalah TIDUR. Tidur sepanjang hari. Demi
mengurangkan kemasukan fakta-fakta dan teori-teori yang memeningkan kepala.
Namun selepas beberapa ketika, alhamdulillah,
Allah datangkan kelapangan pada hati dan minda dan akhirnya saya mampu untuk
mengawal kembali otak ini dari obsessive thinking.
Rupa-rupanya mempunyai obsessive thinking ini ada
kelebihannya tersendiri sekiranya diuruskan dengan baik. Ianya suatu anugerah
yang Allah bagi kepada orang-orang tertentu sahaja yang mana mereka ini hobinya
adalah berfikir atau apa-apa saja yang akan menyebabkan mereka berfikir. Bukan
berfikir tentang bagaimana untuk menyelesaikan masalah matematik, fizik, kimia
dan sebagainya, akan tetapi berfikir tentang sesuatu yang tersirat disebalik
yang tersurat dan juga berkenaan kefalsafahan disebalik sesuatu perkara.
Tapi obsessive
thinking ini memerlukan sistem
pengurusan yang baik dan teratur supaya ianya tidak membawa kepada masalah disorder tadi. Sekiranya ianya tidak
dikawal dengan baik, maka akan berlaku disorder
terhadap pemikirannya itu. Dan ini sangatlah berbahaya kerana ia akan menjadikan
seseorang itu sebagai seorang thinker
yang melampau-lampau dalam berfikirnya semata-mata tanpa berbuat apa-apa pun. Seolah-olah
'Sit and Think'. Dan ini adalah sesuatu
yang tidak sihat sekiranya ianya berlaku kepada obsessive thinker itu
tadi.
Apabila diperhalusi tentang obsessive thinker ini, saya menyimpulkan bahawasanya mereka adalah golongan
yang digelar didalam Al-Quran sebagai golongan yang berfikir khususnya dalam
menjadi golongan Ulul Albab. Sekiranya dihayati firman Allah dalam Al-Quran,
banyak mengajak kita untuk berfikir tentang banyak perkara. Antaranya:
Semoga ada betulnya apa yang saya perkatakan
ini. Untuk menulis tentang perkara ini dan membawanya kepada falsafah Al-Quran (outer --> inner),
ia mungkin akan mengambil sedikit masa.
Walauapapun, ini hanyalah buah fikir saya
sahaja. Saya sangat suka untuk membuat kajian dan pembacaan yang lebih mendalam
mengenai perkara ini.
-
Happy reading and thinking | Mohamad Hafis Aliaziz | 18 Dis 12 | 1:23:23 am -
Comments
Post a Comment