Rempit Sajalah

Walaupun sudah ramai yang menulis pasal perkara ni, tapi takpa aku nak tulis juga. Untuk peringatan kepada diri aku sendiri. 

Tadi aku ada terbaca satu artikel yang dilaman AKPK berkenaan belia muflis. Statistik yang diberi memang sangat mengejutkan. Cuba korang bayangkan sejak daripada tahun 2010 sehingga April 2015, sebanyak 107,000 orang telah muflis. Korang tahu apa maksud muflis? Muflis atau bangkrap maksudnya apabila korang gagal atau tidak mampu untuk bayar hutang hutang sekurang-kurangnya RM30,000. Ok yang ni aku petik dari laman web Insolvensi. Daripada 107,000 orang yang  muflis tu, 23, 484 orang adalah golongan belia yang berumur 25 tahun sehingga 34 tahun. 

Sedih tak? Sedih beb. Ramai yang muflis ni disebabkan tak pandai manage kewangan masing-masing. Mentang-mentang boleh buat loan, maksmum terus dia bedal lagi-lagi personal loan

Sebenarnya aku nak berkongsi pasal beli kereta. Ye, kereta ni bagi sesetengah orang menjadi keperluan, tapi bagi sesetengah orang pula, hanyalah kehendak semata-mata. Bercakap mengenail beli kereta ni, aku bahagikan kepada 3 kategori: 

1. Keperluan 
2. Kehendak
3. Bermewah-mewahan

Ramai orang bila grad dan dapat kerja terus beli kereta baru. Paling kurang beli Myvi. Kereta kecil seperti Viva, Kancil tak pandang. Tak style katanya. Kereta second-hand pun tak style. Mana boleh aku pakai kereta kecil, second-hand ni, tak gempak la. 

Bagi aku rugi sebenarnya kalau beli kereta mahal-mahal ni lagi-lagi semasa kita bujang. Lagi-lagi kalau kita boleh menggunakan motor untuk pergi kerja. Cuba korang bayangkan gaji standard untuk fresh graduate biasanya RM 1,800 - RM 2,000, kalau dapat lebih tu alhamdulillah. Bila korang beli Myvi baru, ambil pakej graduan, yang mana tak perlu bayar downpayment, sekurang-kurangnya bayaran ansuran bulanan ialah RM 500 sebulan. Minyak, tol, servis, insurans, tayar semua tu korang kena belanja lagi lebih kurang RM 500 lagi. Kat situ saja dah habis RM 1000 kat kereta. RM 1000 beb ! Setahun dah boleh save lebih kurang RM 12,000. Banyak tu. Tu kalau pakai Myvi la, kalau jenis nak bermewah-mewah pula, mana mahu nak pakai Myvi, angkat Vios, Honda City, baru nampak macho. Ansurans bulanan sudah RM 800 sebulan. Minyak, tol dan maintenance tambah lagi RM 800. Kat kereta saja dah habis dekat RM 1600 sebulan. Setahun dah RM 19,000 ! Korang ni memang jenis banyak duit ke nak perhabis duit banyak-banyak kat kereta ni? 

Kereta ni bagi aku fungsi dia ada tiga je. Pertama untuk melindungi dari hujan. Kedua untuk pergi berjalan ramai-ramai. Ketiga untuk berjalan jauh. Tak perlu yang mahal-mahal, tak perlu yang elegance-elegance, tak perlu yang besar-besar. Cukup-cukup makan je. 

Tips membeli kereta

Benda ni dari pengalaman aku belajar. Dan sedikit sebanyak ilmu-ilmu yang aku dapat semasa menghadiri seminar dan membaca tulisan-tulisan orang celik kewangan di facebook seperti Tuan Azizul Azli, Tuan Afyan, Tuan Zaidi, Hamba Tuhan dan lain-lain. 

1. Beli kereta cash. 

Pada tahun pertama bekerja pakai dulu motor. Apa nak hairan kalau naik motor pergi kerja? Lagi-lagi kalau bekerja di KL atau Selangor. Yang korang semua dah sedia maklum, jalan-jalan disini memang jemnya tak ingat. Kalau pergi kerja naik motor ambil masa 30 minit, pergi dengan kereta mungkin satu jam baru sampai. Disitu saja dah jimat masa dan minyak. Tak perlu nak tension nak menghadap jem. Kalau tak pergi hadap jem, balik pun kena hadap lagi. Jadi tahun pertama simpan dulu duit. Katakan gaji RM 2,000. Simpan seribu sebulan. Setahun dah RM 12,000. Dah boleh angkat kancil, kelisa atau wira cash kat situ. 

2. Beli kereta second-hand.

Biasanya graduan yang baru bekerja ni 'poyo' sikit. Kereta secondhand taknak, nak beli yang baru terus. Korang tahu tak kalau beli kereta secondhand ni sebenarnya jimat banyak? Katakan korang beli Myvi SE yang baru, ansuran bulanan saja dah RM 600. Insurans dan roadtax dah seribu setahun. Tak kira servis lagi. Mesti nak kena servis kat Servis Center. Kalau tak, void warranty. Paling kurang pun 3 tahun nak kena servis kat sana. Kos servis mahal kalau nak bandingkan dengan kedai biasa. Kalau dapat servis percuma tu cerita lain. Kiraan bulanan untuk minyak, tol dan maintenance kereta pula lebih kurang RM 600 lagi. Kat situ dah habis RM 1,200 sebulan. Kalau ambil Myvi secondhand,  boleh jimat banyak kat situ. Memang la orang cakap kereta second-hand ni kebarangkalian untuk rosak tu tinggi. Sebab tu masa korang nak pergi beli kereta tu, ajak la mana-mana mekanik untuk temankan korang. Lepas tu hulur la duit sikit kat dia. Kalau beli Myvi second-hand, ansurans bulanan boleh dapat dalam RM 350 je. Kena rajin cari sikit la. Servis pun murah, insurans dan roadtax pun murah. Dah boleh jimat banyak dah kat situ. 

3. Beli kereta dengan deposit tinggi

Kalau korang nak beli kereta baru sangat, pastikan korang membayar deposit tinggi kepada bank. Kenapa kena bayar deposit tinggi? Salah satu sebabnya ialah ansurans bulanan akan menjadi lebih rendah. Lagi satu, kalau korang nak jual balik kereta tu dalam tempoh yang singkat, korang tak perlu nak tambah duit untuk setelkan semua loan bank. Katakan korang membeli Myvi tanpa deposit, pinjaman yang korang buat semua sekali RM 64, 800 (RM 600 x 12 bulan x 9 tahun). Korang dah pakai selama 3 tahun. Sepanjang 3 tahun korang pakai, dah RM 21,600 korang bayar kat bank untuk ansurans bulanan. Baki pinjaman ada lagi RM 43, 200. Korang kena faham, harga kereta ni semakin tahun semakin turun, bukan semakin naik. Bila korang nak jual kereta tu lepas 3 tahun, harga dah jatuh ke RM 36,000 - RM 40,000. Maknanya untuk setelkan pinjaman bank, korang kena tambah lagi baki pinjaman tu. Baru setel. 

4. Beli kereta tanpa deposit

Kalau korang teringin sangat nak beli kereta baru, tapi takda duit untuk bayar deposit, korang boleh guna tip ni. Beli kereta yang harganya bersamaan dengan 12 bulan gaji korang. Katakan gaji korang RM 2,000 sebulan, jadi 12 bulan jadi RM 24,000. Jadi itulah harga kereta yang korang boleh beli kalau nak yang baru dan takda duit untuk deposit. 

Korang kena ingat, jangan membazir duit untuk kereta. Rugi je. Simpan duit, banyak benda lagi korang boleh buat dengan duit tu. Kalau tak perlukan sangat kereta, merempit sajalah. Beli kereta pun korang simpan je kat rumah, nak pergi kerja dengan kereta malas nak redah jem. Kan rugi tu. Banyak mahal-mahal untuk pakai hujung minggu je. 




Comments

Popular Posts

Travelog Korea | Bahagian III | Secebis pengalaman di bumi Seoul

Ekpedisi Gunung Brinchang - Irau. Pahang. (2-4.9.2013)

Rentak Dunia Bisnes

Tuhan Yang Mana? ep 1

Tuhan Itu Tidak Adil ?

Bahasa Inggeris : Belajar bertahun-tahun tapi tak power-power sampai sudah

Pengalaman Backpack Di Xian : Interaksi - Bukan Benda Main-Main

Travelog Korea | Bahagian II | Tak kenal maka tak cinta

Skrip Kehidupan