Posts

Showing posts from June, 2017

Pengalaman Backpack Di Xian : Interaksi - Bukan Benda Main-Main

Image
Sebenarnya perkara ni dah lama bermain difikiran aku. Lama tak lama, lepas aku balik Xian tempoh hari. Tapi aku tak sempat nak tulis. Jadi aku biarkan dulu ia tersimpan kemas dalam kotak hipokampus di dalam otak aku ni. Pagi tadi, ingatan episodik aku berkenaan perkara ni kembali selepas aku mendengar radio di dalam kereta. Jadi aku ringkaskan. Seperti yang kita sedia maklum, Xian adalah sebuah kota di China yang terkenal dengan keislamannya. Sebuah kota lama yang pernah menjadi pusat pemerintahan negara China suatu ketika dulu. Islam sampai di China sewaktu Saad Bin Abi Waqas diutuskan oleh Uthman Bin Affan untuk meluaskan dakwah Islam ke sana. Cuba kita bayangkan macamana orang di China pada waktu itu yang tidak boleh bercakap arab boleh memeluk Islam yang dibawa oleh Saad? Macamana orang China yang bertutur dalam bahasa berbeza, berbudaya dengan budaya berbeza, berpegang dengan kepercayaan berbeza akhirnya boleh memeluk Islam yang kebanyakannya menggunakan bahasa arab...