FCR training | Presenting Islam
Seorang non-muslim datang kepada anda dan bertanya tentang Islam. Katanya, " Friend, can u explain to me what is Islam?". Apa yang kita nak jawab apabila ditanya dengan soalan begitu. Islam. Apa itu agama Islam? Mungkin apabila ditanya kepada muslim diluar sana, pelbagai jawapan dan respon akan diterima. Ada jawapan yang berbelit-belit sehinggakan pening kepala non-muslim tersebut untuk memahaminya. Ada juga jawapan yang ringkas. Sehinggakan difikirkan yang Islam ini simple seperti agama lain. Dan semestinya ada jawapan yang sesuai diberikan kepada non-muslim itu dan akhirnya dia faham apa itu Islam yang sebetulnya. Sebenarnya, bukan sahaja non-muslim yang tidak tahu apa itu Islam yang sebenarnya, bahkan ada juga dikalangan muslim sendiri tidak pernah mengambil tahu apa itu Islam yang mereka anuti selama ini. ---------- Ok baik. So, apa itu Islam yang sebenarnya? ----------- Perkataan Islam berasal dari kalimah arab iaitu Sala...