FCR training | Presenting Islam



Seorang non-muslim datang kepada anda dan bertanya tentang Islam. Katanya, " Friend, can u explain to me what is Islam?".

Apa yang kita nak jawab apabila ditanya dengan soalan begitu.

Islam. Apa itu agama Islam?

Mungkin apabila ditanya kepada muslim diluar sana, pelbagai jawapan dan respon akan diterima.

Ada jawapan yang berbelit-belit sehinggakan pening kepala non-muslim tersebut untuk memahaminya.

Ada juga jawapan yang ringkas. Sehinggakan difikirkan yang Islam ini simple seperti agama lain.

Dan semestinya ada jawapan yang sesuai diberikan kepada non-muslim itu dan akhirnya dia faham apa itu Islam yang sebetulnya.

Sebenarnya, bukan sahaja non-muslim yang tidak tahu apa itu Islam yang sebenarnya, bahkan ada juga dikalangan muslim sendiri tidak pernah mengambil tahu apa itu Islam yang mereka anuti selama ini.

----------

Ok baik.
So, apa itu Islam yang sebenarnya?

-----------

Perkataan Islam berasal dari kalimah arab iaitu Salaam, Aslama dan Salima.

Salaam bermaksud aman; harmoni; dan sejahtera (peace; harmony; calm).

Aslama pula bermaksud penyerahan dan kepatuhan secara sukarela dan menyeluruh (willing submission; willing obedience; total surrender).

Dan Salima bermaksud asli; sahih; tulen (pure; authentic).

Secara konklusinya, Islam itu bermaksud penyerahan diri dan kepatuhan secara sukarela dan menyeluruh kepada Tuhan (yang benar) melalui cara yang betul dan sahih. Islam adalah agama yang membawa keamanan kepada penganutnya dan juga kepada seluruh alam.

Itu definisi secara literal apa yang dimaksudkan dengan Islam.  

Nama 'Islam' adalah dari Allah, Tuhan yang satu, dan ianya bersifat universal, bukan seperti yang direkaciptakan oleh manusia seperti nama-nama benda lain.  Sekiranya kita perasan, nama-nama yang terdapat dalam dunia ini adalah rekaan manusia semata-mata, tapi nama 'Islam' itu datangnya dari Allah. Allah yang memberi nama agama yang betul ini sebagai Islam. Boleh rujuk surah al-imran, ayat 19 (3:19) dan surah al-maidah, ayat 3 (5:3).




Allah menggunakan perkataan Islam untuk merujuk kepada agama yang diredhainya ini. Kalau disemak balik didalam scripture bagi agama lain, tiada disebut dalam scripture tersebut yang agama mereka adalah agama yang benar dan harus dianuti. Hanya didalam Al-Quran sahaja, 

Tuhan mengiktiraf agama Islam sebagai agama yang benar. Nama-nama bagi agama lain seperti Buddha, Hindu dan Kristian adalah nama yang berasal dari idea manusia semata-mata tanpa Tuhan yang mengiktirafnya sendiri.

Di dalam Al-Quran, Tuhan menyebut bahawasanya manusia itu berasal dari umat yang satu, iaitu semuanya berasal dari Adam, namun atas perselisihan kefahaman dan ideologi, maka mereka semua berpecah. Maka dengan itu, lahirlah 'agama-agama' lain  yang dianuti manusia hingga ke hari ini. Namun, dalam kesemua kepercayaan dan agama itu, hanya Islamlah satu-satunya agama yang Tuhan redha (5:3).

Di dalam Al-Quran, Surah Al-baqarah, ayat 213 (2:213), Allah menerangkan bahawasanya manusia itu asalnya dari satu umat iaitu, Adam. Dan dari situlah bermulanya Islam, yakni dari zaman Adam. 
Bukannya pada zaman Nabi Muhammad.




Allah ciptakan manusia untuk beribadah dan mentaatinya (51:56), namun apabila manusia mula berkembang dan semakin ramai, maka Allah hantar utusan-utusan kepada mereka untuk diberi peringatan tentang agama Islam ini dan cara hidup berlandaskan peraturan yang betul. 
Begitulah sebagaimana yang terkandung didalam Surah Al-Baqarah, ayat 136 (2:136).




Kesemua utusan-utusan ini membawa mesej Islam iaitu beriman dan  mentaati Allah. Cumanya syariat (pendekatan) yang dibawa oleh utusan-utusan ini adalah berbeza bergantung kepada zaman masing-masing.

Sehinggalah ke hari ini, agama (cara hidup) yang benar dan diterima disisi Allah hanyalah Islam. 

Selain daripada Islam, ianya tidak akan diterima oleh Allah. Sebagaiman ditegaskan oleh Allah di dalam Surah Al-Imran, ayat 19 (3:19) dan ayat 85 (3:85).




Maka, dengan itu jelaslah bahawa sememangnya tiada paksaan dalam mengamalkan Islam dan tiada lagi alasan untuk menolak Islam kerana ianya begitu jelas sekali akan kebenarannya (2:256).



Kebenaran Islam itu datangnya dari Tuhan, bukannya dari Nabi Muhammad dan juga utusan-utusan yang lain. Islam adalah milik Allah, bukan milik bangsa arab, melayu, seseorang nabi atau rasul (49:13). Mereka hanyalah utusan yang diutuskan oleh Allah untuk menyampaikan kebenaran Islam kepada manusia supaya manusia mengikuti apa yang benar dan meninggalkan apa yang salah. Itulah yang ditegaskan didalam Surah Al-kahfi, ayat 29 (18:29).




Dan syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia dan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menyesatkan manusia dari kebenaran (35:6). Dan syaitan itu tidak mempunyai apa-apa kekuatan dan kuasa untuk menyesatkan manusia melainkan manusia itu sendiri yang mendengar dan mengikuti seruan syaitan itu (14:22).




Sesiapa yang mengambil Islam sebagai cara hidup (Deen), maka segala kebaikan yang terdapat dalam Islam itu akhirnya akan kembali kepadanya dan begitulah sebaliknya (17:15).



Semoga kita lebih mengenali Islam dengan lebih baik dan sepatutnya. Bukan dengan ilmu yang tiada kesahihan tentangnya dan juga bukan dengan melihat kepada umat Islam yang kurang mencorakkan Islam sebagai cara hidup di dalam kehidupan mereka.

Cat Steven pernah berkata yang dia bersyukur kerana mengenali Islam terlebih dahulu sebelum mengenal muslim (problematic muslim).

Islam itu bukannya hakmilik seorang manusia, akan tetapi Ianya adalah hak Allah. Seseorang muslim yang berperilaku sepertimana seorang muslim yang sebenarnya (true believer)  adalah bertepatan dengan apa yang Islam gariskan. Adapun yang tidak berperilaku seperti seorang muslim yang sebenar adalah terkeluar daripada ajaran Islam.

Wallahu a'lam. 

Comments

Popular Posts

Travelog Korea | Bahagian III | Secebis pengalaman di bumi Seoul

Ekpedisi Gunung Brinchang - Irau. Pahang. (2-4.9.2013)

Rentak Dunia Bisnes

Tuhan Yang Mana? ep 1

Tuhan Itu Tidak Adil ?

Bahasa Inggeris : Belajar bertahun-tahun tapi tak power-power sampai sudah

Pengalaman Backpack Di Xian : Interaksi - Bukan Benda Main-Main

Travelog Korea | Bahagian II | Tak kenal maka tak cinta

Skrip Kehidupan