Travelog Korea | Bahagian II | Tak kenal maka tak cinta
Bismillahirrahmanirrahim A nnyeonghaseyo | 안녕하세요 Korea Selatan. Memang sebuah negara yang terkenal di mata dunia. Lebih-lebih lagi dengan muzik K-pop (Korean Pop) yang menjadi kegilaan ramai anak muda sekarang. Tak silap aku, zaman keobsesan masyarakat dunia terutamanya Malaysia terhadap Korea bermula seawal zaman drama Winter Sonata ditayangkan di TV pada tahun 2002. Selepas itu, muncul pelbagai lagi drama dan TV show seperti Coffee Prince, Boys Over Flower, Secret Garden dan Running Man yang mana telah membuakkan lagi minat masyarakat terhadap negara Korea Selatan. Sehingga ada yang membuat koleksi drama-drama dan TV show tersebut sampai beratus-ratus gigabyte di dalam komputer mereka. Dan kini dengan kemunculan K-pop menambahkan lagi keobsesan mereka kepada gaya hidup masyarakat Korea dan ini dapat dilihat dengan munculnya pusat-pusat latihan yang menawarkan kelas untuk berlatih tarian K-pop, pakaian-pakaian yang ala-ala Korea yang berlambak-lambak dipasara...