Posts

Showing posts from December, 2015

Janna Kim - Bab 3

"Ya Janna. Waalaikumussalam.Everything is fine." Mael membalas mesej Janna ringkas.  Penat merewang dari pagi sampai malam membuatnya takda mood untuk melayan sesiapa. Memang menjadi kebiasaan di kampung-kampung ahli qaryah ramai-ramai merewang kalau ada majlis kenduri. Berbeza caranya kalau di KL. Semua pakai katering. "Oh i forgot to say Salam just now, sorryyyyy.. kenapa lama sangat awak nak reply my whatsapp?" "It's ok Janna. I need to handle my cousin's weeding today. Penat sikit."  "Whoaa.. must be interesting, isn't it? Send me pics pleaseee?" Blue tick .  Whatsapp yang dihantar Janna hanya dibaca. Telefon diletak ditepi bantal. Penat bukanlah sebab kenapa Mael tidak mahu melayan Janna. Ada sebab lain yang menyebabkan dia agak melarikan diri dari Janna.  ***** "Hoan-young-ham-ni-da." Kedengaran suara cashier menjemput masuk pelanggannya ke kedai. Kalau pergi ke Korea, memang budaya in...

Janna Kim - Bab 2

Telefon pintar Samsung dibelek-belek atas bawah, atas bawah melihat perkembangan semasa di facebook . Hari ni dah masuk seminggu Mael berada di kampung halaman di Sik. Mati kutu dia dibuatnya. Dah la internet slow kat situ, nak buka facebook pun lembap. Nasib baik ada astro, boleh la juga dia melayan rancangan dokumentari. Dia ingat nak pergi ke rumah pakciknya di Sungai Petani, tapi esoknya ada kenduri pulak di rumah pakciknya lagi satu disitu, terpaksa lah dia batalkan hajatnya sebab kena jadi tukang rewang esoknya.  Trutt.. truttt.. trutt.. Satu whatsapp masuk. Mael bingkas bangun mengambil handphone nya yang sedang dicaj di atas rak TV. Terpampang di skrin telefonnya satu notification dari Janna, 'kawan'nya di Korea.  "Anyang.." "What r u doing Mael?" "How was your holiday?" Mael hanya membaca whatsapp tersebut. Blue tick keluar diskrin menandakan mesej tersebut sudah dibaca. Dia meletak kembali telefon tersebut di atas rak...

Janna Kim - Bab 1

"Vroom.. vromm.. vrommm.." Pak Him Serban menghidupkan enjin keretanya. Wajahnya kelihatan ceria walaupun dihiasi kedut-kedut kasar dek faktor usianya yang sudah menjangkau lewat 60-an. Sesekali dia tersenyum sendirian sambil memanaskan enjin kereta Volvonya yang dibeli pada tahun 1987 dengan harga RM 3,000 tunai daripada Sudin, anak menakannya. Sudin waktu itu yang memerlukan sedikit duit tambahan untuk ke Tanah Suci agak keberatan untuk menjual kereta peninggalan arwah ayahnya itu. Namun setelah fikir masak-masak dan berbincang lanjut dengan ibunya, Mak Kiah, dia menjual juga kereta tersebut. Nasib baik yang membelinya itu pak menakannya sendiri. Terubat juga rindu kepada arwah ayahnya tiap kali dia melihat kereta tersebut.  ***** "Ayah, malam ni ceq balik, nanti ayah mai ambil kat airport noh. Flight ceq gerak pukui 9.30, dalam sejam sampai la." Mael sms Pak Him Serban. "Ok." Balas Pak Him Serban. Nama sebenar Pak Him Serban ialah Ibrah...