Janna Kim - Bab 2

Telefon pintar Samsung dibelek-belek atas bawah, atas bawah melihat perkembangan semasa difacebook. Hari ni dah masuk seminggu Mael berada di kampung halaman di Sik. Mati kutu dia dibuatnya. Dah la internet slow kat situ, nak buka facebook pun lembap. Nasib baik ada astro, boleh la juga dia melayan rancangan dokumentari. Dia ingat nak pergi ke rumah pakciknya di Sungai Petani, tapi esoknya ada kenduri pulak di rumah pakciknya lagi satu disitu, terpaksa lah dia batalkan hajatnya sebab kena jadi tukang rewang esoknya. 

Trutt.. truttt.. trutt..

Satu whatsapp masuk. Mael bingkas bangun mengambil handphonenya yang sedang dicaj di atas rak TV. Terpampang di skrin telefonnya satu notification dari Janna, 'kawan'nya di Korea. 

"Anyang.."
"What r u doing Mael?"
"How was your holiday?"

Mael hanya membaca whatsapp tersebut. Blue tick keluar diskrin menandakan mesej tersebut sudah dibaca. Dia meletak kembali telefon tersebut di atas rak dan sambung menonton rancangan 'Top Gear'. Rancangan Top Gear merupakan salah satu rancangan kegemaraan dia. Minatnya dalam bidang fizik memang sudah dapat dilihat dari kecil lagi. Masa kecil dia pernah dihalau keluar rumah oleh Pak Him Serban sebab mengubahsuai motosikal kapcai ayahnya. Waktu itu, mereka masih lagi tinggal di Taman Ria, Sungai Petani. Tiga hari Mael menumpang rumah pakciknya, Pakcik Daud, di Laguna Merbok. Satu-satunya pakcik yang dia ada disebelah ayahnya. Pakciknya tu memang sangat manjakan Mael. Itu sebab Mael selalu pergi melepak kat sana apabila ada masa. Lagi-lagi mereka berdua kaki pancing dan Pakcik Daud pula ada bot di Jeti Sungai Merbok. Memang bot tu jadi macam rumah mereka kalau Mael pergi ke sana. Mereka berpindah ke Sik apabila arwah opah sebelah ibunya kena strok dan keluarga mereka yang menjaga opahnya sampai meninggal. Setelah tamat belajar di Sekolah Menengah Sik, Mael sambung belajar di matrikulasi dan sambung dalam bidang electrical engineering di sebuah IPTA di Selangor.  

Selepas tiga tahun bekerja di kilang British American Tobacco di Petaling Jaya, dia diangkat menjadi machine specialist dan ditawarkan untuk berpindah ke cawangan Korea Selatan. Kini sudah cukup tiga tahun dia bekerja di Korea. Tiap-tiap hujung tahun, syarikatnya akan shut down untuk 2 minggu. Disitu lah dia akan ambil peluang untuk bercuti panjang menghabiskan masa kat Malaysia. 

Dia berkenalan dengan Janna atau nama Koreanya Kim Ji-Eun sewaktu tahun kedua dia di Korea. Ketika itu Janna bekerja part-time di sebuah kedai serbaneka di Yeoksam-dong, Gangnam. Memang tidak dinafikan istilah cinta pandang pertama itu sememangnya wujud. Pertama kali Mael bertemu dengan Ji-Eun, hatinya sudah berdebar-debar, lain macam betul. Tak pernah-pernah dia merasa sebegini. Eh, pernah sekali. Sewaktu dizaman dia belajar di universiti. Ah, kisah yang lalu jangan dikenang-kenang, buat merana diri saja.

Comments

Popular Posts

Travelog Korea | Bahagian III | Secebis pengalaman di bumi Seoul

Ekpedisi Gunung Brinchang - Irau. Pahang. (2-4.9.2013)

Falsafah Gunung

Travelog Korea | Bahagian II | Tak kenal maka tak cinta

Rentak Dunia Bisnes

Tuhan Yang Mana? ep 1

Tuhan Itu Tidak Adil ?

Bahasa Inggeris : Belajar bertahun-tahun tapi tak power-power sampai sudah

Pengalaman Backpack Di Xian : Interaksi - Bukan Benda Main-Main

Kenapa Jadi Gelandangan ?