Janna Kim - Bab 3
"Ya Janna. Waalaikumussalam.Everything is fine." Mael membalas mesej Janna ringkas.
Penat merewang dari pagi sampai malam membuatnya takda mood untuk melayan sesiapa. Memang menjadi kebiasaan di kampung-kampung ahli qaryah ramai-ramai merewang kalau ada majlis kenduri. Berbeza caranya kalau di KL. Semua pakai katering.
"Oh i forgot to say Salam just now, sorryyyyy.. kenapa lama sangat awak nak reply my whatsapp?"
"It's ok Janna. I need to handle my cousin's weeding today. Penat sikit."
"Whoaa.. must be interesting, isn't it? Send me pics pleaseee?"
Blue tick.
Whatsapp yang dihantar Janna hanya dibaca. Telefon diletak ditepi bantal. Penat bukanlah sebab kenapa Mael tidak mahu melayan Janna. Ada sebab lain yang menyebabkan dia agak melarikan diri dari Janna.
*****
"Hoan-young-ham-ni-da." Kedengaran suara cashier menjemput masuk pelanggannya ke kedai. Kalau pergi ke Korea, memang budaya ini sangat biasa. Walau di kedai serbaneka seperti 7E. Mael hanya berjalan seperti biasa menuju ke bahagian minuman. Diambilnya setin Latte dan terus menuju ke cashier untuk membayar. Di depannya ada dua orang makcik yang sedang beratur untuk membayar barang mereka.
Truuttt.. truuttt.. trutt.. Satu whatsapp masuk.
"Where r u?"
"Am at 7E. Buy latte, u want ?"
"It's ok. Meeting will start in 10 min."
"Ok."
"Sir, your turn," gadis cashier memanggil Mael.
"Oh sorry," jawab Mael sambil tersenyum. Di belakangnya ada lagi tiga orang sedang beratur untuk bayar. Gadis cashier membalas senyuman Mael. Manis sekali. Mael seolah-olah terpegun. Pelik sungguh perasaan ini. Saat itu Mael rasakan seperti waktu berhenti berjalan, jantung berhenti berdegup, mata berhenti berkelip, hidung berhenti bernafas. Dirinya seperti dipukau oleh ahli silap mata.
"Sir, your balance."
Mael tersentak. Dia mengambil Lattenya dan berlalu keluar.
"Sir, your balance."
Mael tersentak. Dia mengambil Lattenya dan berlalu keluar.
"Oh shit, what the feeling,"
*****
Truttt.. truttt.. truuttt.. telefon Mael berbunyi. Terus dia keluarkan dari poket. Tertera nama 'John Bosce'.
"Yes John?"
"Where are u heading?"
"Hah?" Mael terpinga-pinga. Rupa-rupanya dia sudah melewati lima kedai ke depan. Padahal pejabatnya hanya di atas 7E tadi.
"Oh damn.. aku mengelamun ke tadi? Kahkahkah." Mael ketawa seorang diri.
John yang berada dibelakang dia melihat pelik. Apa kena dengan Mael ni kan. Dah la lupa pejabat sendiri, lepas tu ketawa seorang diri pula. John memusing-musingkan tangannya sambil mengangkat sedikit kepala sebagai bahasa isyarat untuk mendapatkan penjelasan dari Mael. Tapi Mael hanya ketawa berdekah-dekah. Sepanjang meeting 4 jam itu, Mael langsung tidak dapat fokus. Fikirannya merayau entah mana-mana.
Comments
Post a Comment