Posts

Falsafah Gunung

Image
Hidup ni umpama mendaki gunung. Mula-mula kita rasa excited nak naik, sebab nampak orang naik best, tapi bila dah separuh jalan mulalah rasa penat dan nak give up. Orang yang hati cekal selalu berkata 'go on, sikit lagi sampai puncak tu'. Hati yang tak cekal pula terus surrender separuh jalan dan hanya melihat orang lain meneruskan perjalanan. Tapi ada orang masa first time dia surrender separuh jalan, kemudian dia balik training dan dia repeat. Akhirnya dia berjaya juga sampai ke puncak. Ada juga yang apabila surrender, dia surrender terus. Dah taknak cuba untuk second time. Tak dapatlah dia merasa nikmatnya sampai ke puncak dan melihat keindahan ciptaan Tuhan. Begitulah hidup, kita mesti pernah down, tak larat dah, cannot go on anymore. Dan yang paling perit ialah apabila gagal. Masa kita alami semua itu, apa yang kita buat? Surrender atau keep moving? Orang yang hati cekal, tak mudah untuk dia putus asa. Walau jatuh berkali, dia tetap bangkit dan terus mara ke depan. ...

Cerita Malam Di KL

Image
"Abang, amoi ada, spa ada, urut-urut..." " Massage .. massage .." "Hai abang..ehemm ehemm.."  Malam minggu di bukit bintang seperti biasa malam minggu biasa. Ibu ayam, bapak ayam, anak-anak ayam semuanya menunggu jantan-jantan kehausan datang. Di t epi Seven E, ada dua orang lelaki sedang bersembang mesra dengan seorang perempuan. Eh, bukan perempuan, tapi bapok. Tadi kami dah lalu kat situ. Menjeling-jeling bapok tu sambil mengetap bibir cuba menggoda kami. "Pui.." Kata aku dalam hati.  "Dah siap pegang-pegang tu," kata kawan aku.  "Hahahaha..." Kami gelak ramai-ramai.  Dua orang lelaki tu tersenyum-senyum. Bontot bapok berbaju harimau bintang tu ditepuk-tepuk lembut. Dah dapat deal mungkin.  Well, shake it up baby, now (Shake it up baby) Twist and shout (Twist and shout) C'mon, c'mon, c'mon, c'mon baby, now (Come on baby) Come on and work it on out (Work it on out) Yo...

Is it matter?

Does age really matter? Sure it does. Oh. I will just keep ignoring it.

Al Muntalaq

Sudah 5 tahun berlalu. Dan aku rindukan Al Muntalaq. Buku pertama yang dibedah bersama. Pertama kali baca aku tidak faham apa-apa. Hari ini aku rindukannya walaupun suatu ketika dahulu aku tidak faham isinya. Buku itu pun entah hilang kemana. Yang ada hanya PDF yang tersimpan dalam dalam komputer riba. Kalau buku itu masih ada, mungkin sudah  berhabuk di atas rak. Malam tadi sebelum tidur aku buka PDF Al Muntalaq. Mengoreksi dan merefleksi diri dengan kandungannya yang sarat dengan butir-butir nasihat. Habis baca dua muka surat yang pertama, aku scroll down laju mouse  di tangan. Tidak mampu untuk dibaca dengan iman yang sedang terkoyak ini. Hanya mampu melihat tajuk-tajuk kecilnya. Rindu Al Muntalaq mengheret aku kepada rindu Tuhan dan Nabiku. Al Muntalaq. Karya Syeikh Muhammad Ahmad Ar-Rasyid.

Skrip Kehidupan

Image
Sarkastik . Karma. Aku . Mereka . Selfish . Selfie . Hidup. Mati . Arah . Jalan. Ramai manusia yang terikat dengan kehidupan mereka. Diberi peluang untuk hidup selama 25 tahun banyak mengajar aku tentang kehidupan. Aku melihat banyak manusia yang tertipu dengan kehidupan dan dunia. Kadang-kadang aku pun tertipu sama. Satu yang paling tidak best dalam hidup ini adalah kita tidak boleh mengulangi masa lalu. Masa yang berlalu akan terus berjalan meninggalkan kita, jauh kebelakang sana. Ia hanya tinggalkan satu cenderamata yang dipanggil sebagai kenangan. Ada orang yang tidak belajar dari sejarah. Mereka melihat sejarah sebagai sesuatu yang tidak ada nilai dalam padanya. Ada orang yang cepat belajar dengan sejarah. Mereka menganalisa sejarah dan pahatkan ibrahnya dalam dada mereka. Sejarah. Bukan yang aku maksudkan disini adalah sejarah yang diajar disekolah. Tapi sejarah adalah apa yang telah berlaku kepada kita dan orang disekeliling kita. Jangan hanya pan...

Kita Yang Entah Ke Mana

Image
Hari ini semua orang bising-bising dengan kehadiran dua ekor Panda, Fu Wa dan Feng yi. Bila aku buka FB, ramai geng-geng yang tidak bersetuju dengan pembelian yang dibuat oleh kerajaan Malaysia komen-komen di FB. Ada yang komen secara direct dan ada juga yang komen dengan ayat-ayat sarkastik. "Daripada beli Panda yang harga berjuta-juta tu, lebih baik buat rumah untuk bayi yang dibuang." - Luah seorang wanita di FBnya. "Panda Diutamakan, Rakyat Dijahanamkan." - Luah seorang cikgu di FBnya. "RM 27 Juta untuk jaga panda, bengong apo la." - Seorang abang pos di status FBnya. Aku tak tahu nak komen macamana. Sehinggakan bila aku membaca komen-komen, maki-maki, luahan perasaan dan semua itu aku rasa macam sedih pula. Satunya sedih sebab apa yang dibuat oleh kerajaan tapi lebih bila tengok mentaliti kita. Aku bukanlah seorang yang aktif dalam gerakan politik. Mahupun semasa belajar di kampus dulu mahupun sekarang. Tapi aku bukan juga orang...

Tuhan Yang Mana? ep 1

Perbualan Boy dengan Dr. Rozi pagi itu tidak membuahkan hasil. Bahkan lebih membingungkannya. Ditanya lain, dijawabnya lain. Ternyata Dr. Rozi bukanlah orang selayaknya untuk diajak berbual mengenai perkara itu. Sudah bertahun perkara tersebut bersarang di kepala Boy. Sudah berpuluh orang ditanyanya. Namun belum ada jawapan yang memuaskan hatinya. "Bodoh la kau Boy. Kau tahu tak Tuhan tu ada satu jer. Yang kau pergi sembah Tuhan yang banyak-banyak tu kenapa bodoh." Jembang meninggikan suara. "Mana kau tahu Tuhan tu satu?" Soal Boy. "Ish melawan pulak budak ni. Aku tampar jugak nanti." Kali ini Jembang betul-betul marah. Tapi Boy tahu apa yang perlu dia buat kalau Jembang naik angin macam ni. "Jembang, Xin Jie kirim salam kat kau." Boy tersengih. Terdengar hilai dari budak-budak lain.  Boy anak cina yang berasal dari Cheras, KL. Sebelum ini dia tidak pernah berkawan dengan anak melayu. Tapi sejak dia kena hadir ke PLKN, di...