Janna Kim - Bab 2
Telefon pintar Samsung dibelek-belek atas bawah, atas bawah melihat perkembangan semasa di facebook . Hari ni dah masuk seminggu Mael berada di kampung halaman di Sik. Mati kutu dia dibuatnya. Dah la internet slow kat situ, nak buka facebook pun lembap. Nasib baik ada astro, boleh la juga dia melayan rancangan dokumentari. Dia ingat nak pergi ke rumah pakciknya di Sungai Petani, tapi esoknya ada kenduri pulak di rumah pakciknya lagi satu disitu, terpaksa lah dia batalkan hajatnya sebab kena jadi tukang rewang esoknya. Trutt.. truttt.. trutt.. Satu whatsapp masuk. Mael bingkas bangun mengambil handphone nya yang sedang dicaj di atas rak TV. Terpampang di skrin telefonnya satu notification dari Janna, 'kawan'nya di Korea. "Anyang.." "What r u doing Mael?" "How was your holiday?" Mael hanya membaca whatsapp tersebut. Blue tick keluar diskrin menandakan mesej tersebut sudah dibaca. Dia meletak kembali telefon tersebut di atas rak...

