Posts

Travelog Korea | Bahagian III | Secebis pengalaman di bumi Seoul

Image
Bismillahirrahmanirrahim A nnyeonghaseyo | 안녕하세요 Teringat cerita Pakcik Redha semasa kami tinggal di rumah tamu di Itaewon. Ines Inn adalah rumah tamu yang disewakan kepada pelancong sejak turun temurun. Lokasinya memang strategik. Cumanya agak penat sedikit untuk berjalan keluar rumah kerana kawasannya agak tinggi. Macam naik bukit. Terpaksa kuatkan semangat apabila pulang dari berjalan-jalan kerana kaki sememangnya sudah penat dan terpaksa pula menaiki bukit untuk sampai ke rumah. Di Itaewon, senang untuk kita mendapatkan makanan halal kerana terdapat ramai orang Islam disitu. Di Itaewon, ramai orang-orang dari negara asing yang beragama Islam yang menetap disitu. Kebanyakannya berniaga. Dari situlah mereka menyebarkan Islam kepada penduduk setempat dan alhamdulillah ramai juga yang memeluk Islam hasil dakwah mereka. Teringat subjek sejarah yang diajar di sekolah menengah dulu. Bagaimana Islam tersebar ke Tanah Melayu melalui perdangangan bilamana orang-orang Islam dari...

Travelog Korea | Bahagian II | Tak kenal maka tak cinta

Image
Bismillahirrahmanirrahim A nnyeonghaseyo | 안녕하세요 Korea Selatan. Memang sebuah negara yang terkenal di mata dunia. Lebih-lebih lagi dengan muzik K-pop (Korean Pop) yang menjadi kegilaan ramai anak muda sekarang. Tak silap aku, zaman keobsesan masyarakat dunia terutamanya Malaysia terhadap Korea bermula seawal zaman drama Winter Sonata ditayangkan di TV pada tahun 2002. Selepas itu, muncul pelbagai lagi drama dan TV show seperti Coffee Prince, Boys Over Flower, Secret Garden dan Running Man yang mana telah membuakkan lagi minat masyarakat terhadap negara Korea Selatan. Sehingga ada yang membuat koleksi drama-drama  dan TV show tersebut sampai beratus-ratus gigabyte di dalam komputer mereka.  Dan kini dengan kemunculan K-pop menambahkan lagi keobsesan mereka kepada gaya hidup masyarakat Korea dan ini dapat dilihat dengan munculnya pusat-pusat latihan yang menawarkan kelas untuk berlatih tarian K-pop, pakaian-pakaian yang ala-ala Korea yang berlambak-lambak dipasara...

Travelog Korea | Bahagian I

Image
Bismillahirrahmanirrahim A nnyeonghaseyo | 안녕하세요   "Betul ke Chai kita kat Korea ni, macam tak percaya je." Siapa sangka aku akan menjejakkan kaki di bumi Korea. Aku sendiri pun tidak percaya apa yang aku sedang lakukan ini. Tapi itulah realitinya. Aku dan Kapchai (bukan nama sebenar) kini berada di Korea. Daripada berempat kepada berdua. Daripada berdua kepada bertiga. Begitulah perjalanan kami. Pada asalnya kami berempat. Aku, Kapchai, Shiro dan Iqa. Tetapi pada saat-saat akhir, satu musibah melanda salah seorang daripada kawan kami iaitu Iqa. Entah macamana kakinya tetiba sakit dan terpaksa menjalani rawatan fisiologi untuk suatu jangka masa yang agak panjang. Doktor dan keluarganya menasihatkan supaya dia batalkan saja niatnya untuk ke Korea. Dia terpaksa akur setelah pertimbangkan tahap kesihatan dia yang sangat tidak mengizinkan. Shiro mula berasa sedih. Semuanya telah lengkap, hanya tunggu masa untuk terbang ke sana saja. Tiket penerbangan ke sana t...

Aku, cita-cita dan mereka semua

Sudah lama perkara ini bersarang di dalam kepala aku.  Berfikir, bermuhasabah, menilai, menimbang tara, semuanya sudah aku lakukan.  Minat, harapan, cita-cita dan sebuah impian, pun sudah aku kira-kirakan. Impian untuk menyumbang kepada sebuah pembangunan tamadun. Besar impian tu.  Namun apabila bersama dengan orang-orang yang memperjuangkannya, aku merasakan jiwa aku bersama mereka. Mengeluarkan masyarakat daripada sebuah kejumudan pemikiran kepada sebuah masyarakat yang madani. Kritis dalam segala sesuatu perkara.  Seringkali aku berfikir tentang kampung halamanku.  Sebuah kampung di mana aku membesar.  Disitulah segala-galanya bermula.  Dan disitulah juga aku harapkan segala-galanya berakhir.  Disitu adanya kelaurga dan saudara mara aku. Disitu adanya kawan-kawan sepermainan aku. Disitu adanya kenalan-kenalan aku yang lebih tua dariku. Disitu adanya budak-budak kecil yang juga menjadi kawanku. Hidup dipera...

Seeing through the windows of life

Image
Life is about how we live the life.  Some people they are just alive, but are not really living the life. Why do I say so. Because they have no their own life. Their life are programmed by other people and existing systems. They have not much choice in their life. And they cannot do much things they like in life. There is a saying. " When we are young, we have energy and time but less money. When we are adult, we have much energy and money, but less time. And when we are old, we have much time and money, but less energy." This is actually quite simple rule of life. Yet many people fall into this situation. Why, because they do not know how to manage their life. For me, life is something that we can create. Different people have different life. Their lifestyle, experience, journey, achievements, failures and so on. And in another way around, all these things will shape their life and make them who they are today. So, manage our life wisely. ----------...