Aku, cita-cita dan mereka semua
Sudah lama perkara ini bersarang di dalam kepala aku.
Berfikir, bermuhasabah, menilai, menimbang tara, semuanya sudah aku lakukan.
Minat, harapan, cita-cita dan sebuah impian, pun sudah aku kira-kirakan.
Impian untuk menyumbang kepada sebuah pembangunan tamadun.
Besar impian tu.
Namun apabila bersama dengan orang-orang yang memperjuangkannya, aku merasakan jiwa aku bersama mereka. Mengeluarkan masyarakat daripada sebuah kejumudan pemikiran kepada sebuah masyarakat yang madani. Kritis dalam segala sesuatu perkara.
Seringkali aku berfikir tentang kampung halamanku.
Sebuah kampung di mana aku membesar.
Disitulah segala-galanya bermula.
Dan disitulah juga aku harapkan segala-galanya berakhir.
Disitu adanya kelaurga dan saudara mara aku.
Disitu adanya kawan-kawan sepermainan aku.
Disitu adanya kenalan-kenalan aku yang lebih tua dariku.
Disitu adanya budak-budak kecil yang juga menjadi kawanku.
Hidup diperantauan selama 6 tahun (2007-kini, 2013) banyak mengajar aku tentang hidup. Menghadiri pelbagai seminar, wacana, forum, kuliah dan pelbagai majlis ilmu banyak membina pemikiran aku untuk menjadi seorang yang lebih bertamadun. Juga perkongsian dan perbincangan yang ilmiah dan kritikal bersama teman-teman tidak kurang banyaknya menjadikan aku seorang yang sedar akan hakikat perjalanan bagi sebuah kehidupan.
Hari ini, zaman semakin moden, teknologi semakin canggih, kehidupan menjadi semakin pantas. Pantang kita terlelap sebentar, sudah jauh kita ditinggalkan orang. Masa terlalu pantas untuk kita bergerak selari dengnnya. Tidak sempat untuk kita menikmati masa-masa yang ada, sudah datang masa-masa yang lainnya. Lantas, kehidupan kita menjadi kosong, ibarat sebiji bola yang dicampakkan ke dalam sungai. Terapung-apung di bawa arus. Sekejap melambung ke sana, sekejap melambung ke sini.
Perlu seketika untuk aku hentikan sejenak masa itu dari berlalu. Untuk aku merenung, bermuhasabah, menghitung akan perjalanan kehidupan yang lepas dan merancang untuk perjalanan yang akan datang.
Aku mempunyai cita-cita. Tapi aku risaukan ianya hanya akan kekal sebagai sebuah cita-cita.
Cita-cita untuk kembali ke kampung aku untuk membina masyarakat di sana. Supaya mereka menjadi masyarakat yang lebih bertamadun.
Aku tidak segan untuk menyebut perkataan 'tamadun'. Walaupun bunyinya semacam gah. Kerana itu impian aku. Walaupun tidak semudah yang disangka, namun langkah yang pertama itu perlu dimulakan dan disambung dengan langkah-langkah yang seterusnya.
Hakikatnya, apabila bercerita tentang perkara ini, aku sedih. Sebuah kesedihan yang tidak mampu aku perjelaskan.
Penghujung hidup manusia, kita akan dinilai dengan dua perkara. Dosa dan pahala. Syurga dan neraka.
Memasuki syurga tidak semudah yang disangka. Untuk ke neraka pula, tidak perlu bersusah-susah. Cukup dengan kita tidak berbuat apa-apa.
Di kampung aku, masyarakat begitu naif. Bukan kampung aku saja, bahkan hampir kesemuanya di Kelantan. Pemikiran tidak matang. Banyak berlaku masalah sosial. Orang tua dengan caranya, orang muda pun dengan caranya juga. Surau-surau kusam. Majlis-majlis ilmu tidak rancak. Kalau adapun tidak mendapat sambutan. Wacana-wacana, seminar-seminar yang membuka fikiran kurang diadakan. Yang berkenaan politik, banyak.
Banyak faktornya kenapa keadaan ini berlaku.
Entah macamana hendak diceritakan.
Ramai kawan-kawan aku dikampung, bahkan saudara mara aku yang tidak mendapat pendedahan agama secukupnya. Yang banyak hanyalah berlegar bab feqah. Sepuluh masjid disana, sepuluh-sepuluh bercerita tentang perkara feqah. Yang mendapat pendedahan agama pula, masih berperangai sama. Teringat satu kerisauan Ustaz Hasrizal tentang keadaan orang-orang yang suka untuk menghadiri majlis-majlis ilmu ini. Adakah menghadiri majlis ilmu itu hanyalah hobi, datang sekadar untuk memenuhi hawa telinga yang suka mendengar perkara-perkara yang baik. Ataupun sekadar sebagai satu life-style yang menjadikan kuliah agama ini sebahagian daripada majlis-majlis yang perlu dihadiri selain daripada kedai kopi dan wakaf-wakaf lepak? Sehinggakan apabila pulang dari majlis tersebut, tiada apa yang kita bawa pulang bersama. Yang pulang masih lagi jasad dan hati kita yang sama sepertimana datangnya kita tadi. Tidak berusaha untuk mencari sesuap rezeki berupa hidayah didalam majlis tersebut.
Sekiranya yang hadir ke majlis ilmu pun masih di takuk lama, apatah lagi yang sememangnya tidak pernah kelihatan wajahnya dimajlis-majlis ilmu. Parah!
Program-program kemasyarakatan sangat kurang. Penghulunya tidak berfungsi. Wakil rakyat pun tidak sebegitu cakna akan perkara-perkara seperti ini. Pembangunan masyarakat tiada!
Aku sangat berharap suatu hari nanti, aku akan kembali tinggal disana, untuk berkhidmat kepada masyarakat di sana. Atas dasar kecintaan kepada mereka semua. Sangat tidak senang hati tatkala kita bertungkus lumus membangunkan masyarakat di bandar ini sedangkan masyarakat di kampung kita tinggalkan.

Sedih, apabila melihat kawan-kawan yang terlibat dengan dadah, zina dan sekutunya terus-menerus dalam keadaan yang demikian kerana tiadanya orang yang ingin membimbing mereka walaupun dalam hati mereka, mereka ingin keluar dari kelompok itu.
Kadang-kadang aku terima sms dari kawan-kawan dikampung meminta supaya mereka diberi kekuatan oleh Allah untuk melawan perkara-perkara ini.
Berbeza.
Disini dan disana sangat berbeza.
Semoga tercapai cita-citaku.

Comments
Post a Comment