Posts

Janna Kim - Bab 3

"Ya Janna. Waalaikumussalam.Everything is fine." Mael membalas mesej Janna ringkas.  Penat merewang dari pagi sampai malam membuatnya takda mood untuk melayan sesiapa. Memang menjadi kebiasaan di kampung-kampung ahli qaryah ramai-ramai merewang kalau ada majlis kenduri. Berbeza caranya kalau di KL. Semua pakai katering. "Oh i forgot to say Salam just now, sorryyyyy.. kenapa lama sangat awak nak reply my whatsapp?" "It's ok Janna. I need to handle my cousin's weeding today. Penat sikit."  "Whoaa.. must be interesting, isn't it? Send me pics pleaseee?" Blue tick .  Whatsapp yang dihantar Janna hanya dibaca. Telefon diletak ditepi bantal. Penat bukanlah sebab kenapa Mael tidak mahu melayan Janna. Ada sebab lain yang menyebabkan dia agak melarikan diri dari Janna.  ***** "Hoan-young-ham-ni-da." Kedengaran suara cashier menjemput masuk pelanggannya ke kedai. Kalau pergi ke Korea, memang budaya in...

Janna Kim - Bab 2

Telefon pintar Samsung dibelek-belek atas bawah, atas bawah melihat perkembangan semasa di facebook . Hari ni dah masuk seminggu Mael berada di kampung halaman di Sik. Mati kutu dia dibuatnya. Dah la internet slow kat situ, nak buka facebook pun lembap. Nasib baik ada astro, boleh la juga dia melayan rancangan dokumentari. Dia ingat nak pergi ke rumah pakciknya di Sungai Petani, tapi esoknya ada kenduri pulak di rumah pakciknya lagi satu disitu, terpaksa lah dia batalkan hajatnya sebab kena jadi tukang rewang esoknya.  Trutt.. truttt.. trutt.. Satu whatsapp masuk. Mael bingkas bangun mengambil handphone nya yang sedang dicaj di atas rak TV. Terpampang di skrin telefonnya satu notification dari Janna, 'kawan'nya di Korea.  "Anyang.." "What r u doing Mael?" "How was your holiday?" Mael hanya membaca whatsapp tersebut. Blue tick keluar diskrin menandakan mesej tersebut sudah dibaca. Dia meletak kembali telefon tersebut di atas rak...

Janna Kim - Bab 1

"Vroom.. vromm.. vrommm.." Pak Him Serban menghidupkan enjin keretanya. Wajahnya kelihatan ceria walaupun dihiasi kedut-kedut kasar dek faktor usianya yang sudah menjangkau lewat 60-an. Sesekali dia tersenyum sendirian sambil memanaskan enjin kereta Volvonya yang dibeli pada tahun 1987 dengan harga RM 3,000 tunai daripada Sudin, anak menakannya. Sudin waktu itu yang memerlukan sedikit duit tambahan untuk ke Tanah Suci agak keberatan untuk menjual kereta peninggalan arwah ayahnya itu. Namun setelah fikir masak-masak dan berbincang lanjut dengan ibunya, Mak Kiah, dia menjual juga kereta tersebut. Nasib baik yang membelinya itu pak menakannya sendiri. Terubat juga rindu kepada arwah ayahnya tiap kali dia melihat kereta tersebut.  ***** "Ayah, malam ni ceq balik, nanti ayah mai ambil kat airport noh. Flight ceq gerak pukui 9.30, dalam sejam sampai la." Mael sms Pak Him Serban. "Ok." Balas Pak Him Serban. Nama sebenar Pak Him Serban ialah Ibrah...

Kenapa Jadi Gelandangan ?

Image
Tadi masa aku sikit free, aku buka The Vocket . Sejak dua menjak ni aku suka habiskan masa lapang membaca artikel kat The Vocket ni. Banyak yang artikel-artikel yang bagus. Lagi-lagi kolum bisnes yang banyak memberi inspirasi kepada aku. Tadi masa aku tengok video ni kat The Vocket terus teringat masa kitaorang start satu projek untuk bantu orang gelandangan. Dalam banyak-banyak hari yang kitaorang pergi bagi  makanan kepada gelandangan, ada satu hari yang aku agak tak boleh lupa. Rasa macam nak share kat sini, tapi bukan maybe bukan sekarang sebab kepala aku pening sikit tak cukup tidur. Next time maybe. Apapun, selamat menghadam video ini.

Engkau Pergi Berhimpun Dapat Apa ?

Dulu masa pergi perhimpunan-perhimpunan 'haram' ni memang rasa lain macam. Semua orang berkongsi satu matlamat. Kasi tumbang itu BN masa pilihanraya. Sebab apa? Sebab kerajaan BN kerajaan korup. Simple. Walaupun masa pilihanraya itu hari PR (baca PAS - PKR - DAP) kalah tipis (tak kisah lah tipis ke tebal ke, kalah tetap kalah), tapi tak rasa down sangat walaupun rasa sedikit kecewa sebab tak menang.  Masa Bersih 2.0 dan Bersih 3.0, walaupun dah macam berperang melawan penjajah di tanah sendiri, sikit pun tak rasa gentar. Walaupun ditangkap, dipukul, kepala berdarah, lemas dalam tear gas, air mata mencurah-curah, tak sikit pun ada rasa nak mengalah. Dah la datang tidak berbayar, dapat sakit lagi. Tapi takpa sebab semangat 'rebel' kepada kerajaan korup tu meluap-luap. Dan pada waktu itu ada harapan pada PR untung gantikan BN.  Baru-baru ini, ada Bersih 4.0. Walaupun tujuan Bersih 4.0 tu untuk masih untuk menunjukkan perasaan 'rebel' kepada kerajaan yang s...

Engkau Apa Tahu - Episod 2

Kadang-kadang aku rasa nak muntah bila dengar perkataan politik. Kalau dengar perkataan UMNO, memang muntah terus. Dulu, kecuali Bersih 1, semua perhimpunan 'haram' yang besar-besaran dibuat kat selangor aku join. Kena sepak dengan polis, pedih, sesak nafas, nak pengsan kena tear gas dan water canon semua dah rasa. Masa pilihanraya pula, all out tolong PR berkempen, dengan harapan Malaysia boleh berubah lepas pilihanraya. Walaupun kalah, tapi tetap lagi positif untuk pilihanraya akan datang. Tapi bila 'engkau semua' duk berbalah sesama sendiri. Aku hilang harapan sekejap. Hari tu ada bersih masa merdeka, tapi aku tak join. Sebab harapan aku dah hilang. Harap-harap harapan tu kembali bersinar balik nanti. Politik Malaysia ni memang bangang. Engkau apa tahu?

Engkau Apa Tahu - Episod 1

Tetiba aku teringat sorang kawan. Mulutnya celaka macam puaka. Aku ingat lagi 7 tahun lepas. Masa tu aku masih lagi bersekolah menengah. Aku kenal dia ni agak rapat. Tapi lepas ayah aku sound dia depan aku, kitaorang dah tak rapat lagi dah.  Cerita begini sampai dia kena sound dengan ayah aku. Budak ni kalau nak ikutkan memang banyak sejarah jahat dia kat kampung. Ayah aku memang tak suka aku lepak dengan dia ni. Ye la, takut terpengaruh kan. 'Pengaruh rakan sebaya' ni memang famous masa buat karangan zaman sekolah dulu. Asal dengar ayat 'pengaruh rakan sebaya' je mesti benda-benda negatif yang dikaitkan. Padahal ada juga pengaruh rakan sebaya yang baik-baik. Kawan engkau, kalau bukan engkau yang mempengaruhi dia, dia yang akan mempengaruhi engkau. Atau dua-dua saling pengaruh mempengaruhi. Ye dak?  Ok berbalik pada cerita tadi. Masa aku lepak dengan dia tu, ayah aku lalu dengan moto. Dari jauh dia tenung kitaorang yang sedang sedap melepak kat tepi jalan ni. A...