Posts

Rempit Sajalah

Walaupun sudah ramai yang menulis pasal perkara ni, tapi takpa aku nak tulis juga. Untuk peringatan kepada diri aku sendiri.  Tadi aku ada terbaca satu artikel yang dilaman AKPK berkenaan belia muflis. Statistik yang diberi memang sangat mengejutkan. Cuba korang bayangkan sejak daripada tahun 2010 sehingga April 2015, sebanyak 107,000 orang telah muflis. Korang tahu apa maksud muflis? Muflis atau bangkrap maksudnya apabila korang gagal atau tidak mampu untuk bayar hutang hutang sekurang-kurangnya RM30,000. Ok yang ni aku petik dari laman web Insolvensi . Daripada 107,000 orang yang  muflis tu, 23, 484 orang adalah golongan belia yang berumur 25 tahun sehingga 34 tahun.  Sedih tak? Sedih beb. Ramai yang muflis ni disebabkan tak pandai manage kewangan masing-masing. Mentang-mentang boleh buat loan , maksmum terus dia bedal lagi-lagi personal loan .  Sebenarnya aku nak berkongsi pasal beli kereta. Ye, kereta ni bagi sesetengah orang menjadi keperluan, tapi ...

Azam Baru

Korang dah ada azam tahun baru ke? Aku dah lama tak berazam. Dengar perkataan 'AZAM" pun loya.  Last aku berazam untuk tahun baru ni masa tahun 2012. Dalam banyak-banyak azam yang aku buat tahun itu, takda satu pun yang achieved . Lepas aku muhasabah diri balik, aku ubah cara berazam. Aku pun baru sedar benda ni hujung tahun lepas, 2015. Lepas aku kena tiow kaw-kaw punya. Hahahaha. Itu pengalaman paling power dalam hidup aku. Power gila beb. Jadi aku tukar dari berazam kepada ber-target. Jadi aku hidup dengan target sekarang. Ada guideline tersendiri untuk capai target-target tu. Walaupun aku masih kabur dalam sesetengah guideline dia. Ah, penat la gini asyik duk blur je. 

Budak Lembik

Sedang aku menunggu saat-saat pulang ke rumah, hujan turun pula. Lebat pula tu. Nak gerak, kang basah kuyup pula. Maklumlah, motor mana ada bumbung. Tak macam orang ada-ada, pakai kereta mahal-mahal. Mana kenal panas terik, hujan panas. Buka pintu, masuk kereta, on aircond, on radio,  oh nyaman. Orang pakai motor, panas terik, hujan lebat, kena hadap je la.  Budak muda baru bekerja, 2/3 gaji dah habis dekat kereta. Nak pakai motor segan, tak style. Jenis berlagak poyo. Kereta pula taknak beli secondhand, nak angkat yang baru. Ansuran bulan-bulan dah 700-800. Tambah pula minyak, tol, servis, itu ini, habis lagi 700-800. Hujung bulan baki duit gaji tinggal puluh dan sen. Suruh buat side income, alasan bermacam-macam. Lepas tu meroyan harga tu naik, harga ni naik. Ingat harga itu ini akan turun ke dengan meroyan? Kahkahkah. Blah la. Tengok warga asing rileks jer. Ambil upah mesin rumput, kemas rumah, cuci kolam renang, angkat barang, takda pun nak komplen macam korang. ...

Janna Kim - Bab 3

"Ya Janna. Waalaikumussalam.Everything is fine." Mael membalas mesej Janna ringkas.  Penat merewang dari pagi sampai malam membuatnya takda mood untuk melayan sesiapa. Memang menjadi kebiasaan di kampung-kampung ahli qaryah ramai-ramai merewang kalau ada majlis kenduri. Berbeza caranya kalau di KL. Semua pakai katering. "Oh i forgot to say Salam just now, sorryyyyy.. kenapa lama sangat awak nak reply my whatsapp?" "It's ok Janna. I need to handle my cousin's weeding today. Penat sikit."  "Whoaa.. must be interesting, isn't it? Send me pics pleaseee?" Blue tick .  Whatsapp yang dihantar Janna hanya dibaca. Telefon diletak ditepi bantal. Penat bukanlah sebab kenapa Mael tidak mahu melayan Janna. Ada sebab lain yang menyebabkan dia agak melarikan diri dari Janna.  ***** "Hoan-young-ham-ni-da." Kedengaran suara cashier menjemput masuk pelanggannya ke kedai. Kalau pergi ke Korea, memang budaya in...

Janna Kim - Bab 2

Telefon pintar Samsung dibelek-belek atas bawah, atas bawah melihat perkembangan semasa di facebook . Hari ni dah masuk seminggu Mael berada di kampung halaman di Sik. Mati kutu dia dibuatnya. Dah la internet slow kat situ, nak buka facebook pun lembap. Nasib baik ada astro, boleh la juga dia melayan rancangan dokumentari. Dia ingat nak pergi ke rumah pakciknya di Sungai Petani, tapi esoknya ada kenduri pulak di rumah pakciknya lagi satu disitu, terpaksa lah dia batalkan hajatnya sebab kena jadi tukang rewang esoknya.  Trutt.. truttt.. trutt.. Satu whatsapp masuk. Mael bingkas bangun mengambil handphone nya yang sedang dicaj di atas rak TV. Terpampang di skrin telefonnya satu notification dari Janna, 'kawan'nya di Korea.  "Anyang.." "What r u doing Mael?" "How was your holiday?" Mael hanya membaca whatsapp tersebut. Blue tick keluar diskrin menandakan mesej tersebut sudah dibaca. Dia meletak kembali telefon tersebut di atas rak...

Janna Kim - Bab 1

"Vroom.. vromm.. vrommm.." Pak Him Serban menghidupkan enjin keretanya. Wajahnya kelihatan ceria walaupun dihiasi kedut-kedut kasar dek faktor usianya yang sudah menjangkau lewat 60-an. Sesekali dia tersenyum sendirian sambil memanaskan enjin kereta Volvonya yang dibeli pada tahun 1987 dengan harga RM 3,000 tunai daripada Sudin, anak menakannya. Sudin waktu itu yang memerlukan sedikit duit tambahan untuk ke Tanah Suci agak keberatan untuk menjual kereta peninggalan arwah ayahnya itu. Namun setelah fikir masak-masak dan berbincang lanjut dengan ibunya, Mak Kiah, dia menjual juga kereta tersebut. Nasib baik yang membelinya itu pak menakannya sendiri. Terubat juga rindu kepada arwah ayahnya tiap kali dia melihat kereta tersebut.  ***** "Ayah, malam ni ceq balik, nanti ayah mai ambil kat airport noh. Flight ceq gerak pukui 9.30, dalam sejam sampai la." Mael sms Pak Him Serban. "Ok." Balas Pak Him Serban. Nama sebenar Pak Him Serban ialah Ibrah...

Kenapa Jadi Gelandangan ?

Image
Tadi masa aku sikit free, aku buka The Vocket . Sejak dua menjak ni aku suka habiskan masa lapang membaca artikel kat The Vocket ni. Banyak yang artikel-artikel yang bagus. Lagi-lagi kolum bisnes yang banyak memberi inspirasi kepada aku. Tadi masa aku tengok video ni kat The Vocket terus teringat masa kitaorang start satu projek untuk bantu orang gelandangan. Dalam banyak-banyak hari yang kitaorang pergi bagi  makanan kepada gelandangan, ada satu hari yang aku agak tak boleh lupa. Rasa macam nak share kat sini, tapi bukan maybe bukan sekarang sebab kepala aku pening sikit tak cukup tidur. Next time maybe. Apapun, selamat menghadam video ini.