Posts

Bahasa Inggeris : Belajar bertahun-tahun tapi tak power-power sampai sudah

Baru je call adik aku yang baru lepas ambil result UPSR. Tanya dia, berapa dapat ? Dia cakap 1A 5C. Lepas tu dia tanya, are you disappointed ? Dia tanya dalam Bahasa Inggeris tu. Gelak sakan aku. Aku jawab, ok jer. Balik nanti abang beli hadiah as promised. Lepas tu dia pulak gelak. Rupa-rupanya dia dapat 5A 1C. Hangin betul aku kena tipu. Yang C tu subjek Bahasa Inggeris.  Kat sekolah dia, Sek Keb Mentuan, takda sorang pun dapat straight 6A. Kebanyakkannya sangkut kat kertas Bahasa Inggeris 2. Mungkin nanti akan keluar laporan dari kementerian pasal ni. Mungkin la.  ----- Bahasa Inggeris ni kita belajar secara formal start dari tadika sampai la masuk sekolah menengah, sampai la ke universiti. Paling kurang kita belajar Bahasa Inggeris ni 10 - 11 tahun. Lama tu. Secara formal pulak tu. Tapi ramai (termasuk aku) tak boleh nak kuasai secara sepenuhnya Bahasa Inggeris ni. Lagi-lagi bab speaking.  Kalau tengok orang-orang luar yang datang bekerja di Malaysia seperti...
Rasa macam dah lama tak menulis kat sini. Rindu pula rasanya. Hurmm

Rempit Sajalah

Walaupun sudah ramai yang menulis pasal perkara ni, tapi takpa aku nak tulis juga. Untuk peringatan kepada diri aku sendiri.  Tadi aku ada terbaca satu artikel yang dilaman AKPK berkenaan belia muflis. Statistik yang diberi memang sangat mengejutkan. Cuba korang bayangkan sejak daripada tahun 2010 sehingga April 2015, sebanyak 107,000 orang telah muflis. Korang tahu apa maksud muflis? Muflis atau bangkrap maksudnya apabila korang gagal atau tidak mampu untuk bayar hutang hutang sekurang-kurangnya RM30,000. Ok yang ni aku petik dari laman web Insolvensi . Daripada 107,000 orang yang  muflis tu, 23, 484 orang adalah golongan belia yang berumur 25 tahun sehingga 34 tahun.  Sedih tak? Sedih beb. Ramai yang muflis ni disebabkan tak pandai manage kewangan masing-masing. Mentang-mentang boleh buat loan , maksmum terus dia bedal lagi-lagi personal loan .  Sebenarnya aku nak berkongsi pasal beli kereta. Ye, kereta ni bagi sesetengah orang menjadi keperluan, tapi ...

Azam Baru

Korang dah ada azam tahun baru ke? Aku dah lama tak berazam. Dengar perkataan 'AZAM" pun loya.  Last aku berazam untuk tahun baru ni masa tahun 2012. Dalam banyak-banyak azam yang aku buat tahun itu, takda satu pun yang achieved . Lepas aku muhasabah diri balik, aku ubah cara berazam. Aku pun baru sedar benda ni hujung tahun lepas, 2015. Lepas aku kena tiow kaw-kaw punya. Hahahaha. Itu pengalaman paling power dalam hidup aku. Power gila beb. Jadi aku tukar dari berazam kepada ber-target. Jadi aku hidup dengan target sekarang. Ada guideline tersendiri untuk capai target-target tu. Walaupun aku masih kabur dalam sesetengah guideline dia. Ah, penat la gini asyik duk blur je. 

Budak Lembik

Sedang aku menunggu saat-saat pulang ke rumah, hujan turun pula. Lebat pula tu. Nak gerak, kang basah kuyup pula. Maklumlah, motor mana ada bumbung. Tak macam orang ada-ada, pakai kereta mahal-mahal. Mana kenal panas terik, hujan panas. Buka pintu, masuk kereta, on aircond, on radio,  oh nyaman. Orang pakai motor, panas terik, hujan lebat, kena hadap je la.  Budak muda baru bekerja, 2/3 gaji dah habis dekat kereta. Nak pakai motor segan, tak style. Jenis berlagak poyo. Kereta pula taknak beli secondhand, nak angkat yang baru. Ansuran bulan-bulan dah 700-800. Tambah pula minyak, tol, servis, itu ini, habis lagi 700-800. Hujung bulan baki duit gaji tinggal puluh dan sen. Suruh buat side income, alasan bermacam-macam. Lepas tu meroyan harga tu naik, harga ni naik. Ingat harga itu ini akan turun ke dengan meroyan? Kahkahkah. Blah la. Tengok warga asing rileks jer. Ambil upah mesin rumput, kemas rumah, cuci kolam renang, angkat barang, takda pun nak komplen macam korang. ...

Janna Kim - Bab 3

"Ya Janna. Waalaikumussalam.Everything is fine." Mael membalas mesej Janna ringkas.  Penat merewang dari pagi sampai malam membuatnya takda mood untuk melayan sesiapa. Memang menjadi kebiasaan di kampung-kampung ahli qaryah ramai-ramai merewang kalau ada majlis kenduri. Berbeza caranya kalau di KL. Semua pakai katering. "Oh i forgot to say Salam just now, sorryyyyy.. kenapa lama sangat awak nak reply my whatsapp?" "It's ok Janna. I need to handle my cousin's weeding today. Penat sikit."  "Whoaa.. must be interesting, isn't it? Send me pics pleaseee?" Blue tick .  Whatsapp yang dihantar Janna hanya dibaca. Telefon diletak ditepi bantal. Penat bukanlah sebab kenapa Mael tidak mahu melayan Janna. Ada sebab lain yang menyebabkan dia agak melarikan diri dari Janna.  ***** "Hoan-young-ham-ni-da." Kedengaran suara cashier menjemput masuk pelanggannya ke kedai. Kalau pergi ke Korea, memang budaya in...

Janna Kim - Bab 2

Telefon pintar Samsung dibelek-belek atas bawah, atas bawah melihat perkembangan semasa di facebook . Hari ni dah masuk seminggu Mael berada di kampung halaman di Sik. Mati kutu dia dibuatnya. Dah la internet slow kat situ, nak buka facebook pun lembap. Nasib baik ada astro, boleh la juga dia melayan rancangan dokumentari. Dia ingat nak pergi ke rumah pakciknya di Sungai Petani, tapi esoknya ada kenduri pulak di rumah pakciknya lagi satu disitu, terpaksa lah dia batalkan hajatnya sebab kena jadi tukang rewang esoknya.  Trutt.. truttt.. trutt.. Satu whatsapp masuk. Mael bingkas bangun mengambil handphone nya yang sedang dicaj di atas rak TV. Terpampang di skrin telefonnya satu notification dari Janna, 'kawan'nya di Korea.  "Anyang.." "What r u doing Mael?" "How was your holiday?" Mael hanya membaca whatsapp tersebut. Blue tick keluar diskrin menandakan mesej tersebut sudah dibaca. Dia meletak kembali telefon tersebut di atas rak...